• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

oleh Mynewshub
08/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili pemimpin DAP.

Menurut beliau, ia ekoran ramai wakil rakyat DAP mempertahankan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan berkenaan penternakan babi.

Antara kawasan itu adalah Bagan yang diwakili Lim Guan Eng, Bukit Gelugor yang diwakili Ramkarpal Singh, Seputeh yang diwakili Teresa Kok dan Kepong yang diwakili Lim Lip Eng.

Terdahulu, katanya, Malaysia adalah negara berbilang agama dan kaum dengan setiap kaum dan agama berhak mengamalkan agama mereka.

“Begitu juga dalam isu pemakanan. Mereka juga ada hak makan apa yang mereka mahu makan dan membela apa yang mereka mahu bela selagi tidak melanggar undang-undang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Sindiran sama dilontarkan oleh Pendakwah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah apabila secara sinis menyarankan penternakan babi di Kuala Lumpur seperti Seputeh dan Kepong.

Beliau malah secara sinis menyarankan pembinaan hotel babi 26 tingkat bagi membolehkan pemimpin politik yang mempertahankan penternakan babi tumpang makan, tengok, hidu dan tidur dengan babi.

“Berani mereka ingkar titah Tuanku kerana takutkan ultra kiasu harbi demi kuasa. Nak cari tempat yang jauh daripada manusia dan sumber air kononnya. Di mana tu? Penatlah Air Selangor dan TNB nak salurkan air dan api. Siapa nak bayar?

“Titik…Selangor sifar babi. Ini titah. Barulah Selangor Darul Ehsan. Ultra kiasu kena akur. Jangan bawa ke Parlimen atau DUN lagi. Jangan derhaka, jangan biadab,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Firdaus Wong Wai Hung/Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Tags: DAPDr. Mohd. Ridhuan Tee AbdullahFirdaus Wong Wai HungKawasanPendakwahPenternakan babiwakil rakyat
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd