• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutup Sukan SEA 31 Ogos Awal Sehari Hormati Wukuf

oleh
11/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebagaimana dijangka pelbagai pihak, tarikh penutupan Sukan SEA 2017 yang sepatutnya tamat pada 31 Ogos diawalkan sehari bagi menghormati sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata, biarpun tarikh diawalkan, tetapi tidak memberi kesulitan besar kepada semua negara yang mengambil bahagian.

Bagaimanapun ujar beliau, ada beberapa acara sahaja yang terpaksa diubah jadual pertandingan untuk memastikan segala-galanya selesai sehari menjelang sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara pada tarikh berkenaan.

“Seperti yang semua sedia maklum berdasarkan kepada jadual awal, tarikh acara penutup rasmi Sukan SEA 2017 sepatutnya adalah jatuh pada 31 Ogos depan, namun ia telah diawalkan sehari pula iaitu kepada 30 Ogos.

“Keputusan ini dibuat kerana sebagai mahu menghormati Hari Wukuf di Tanah Suci dan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha. Penukaran tarikh ini tidak memberi masalah besar dan kita pun sudah bersedia.

“Selain itu, tarikh baharu ini lebih meriah kerana 30 Ogos kebetulan berada di ambang kemerdekaan,” kata Khairy selepas hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017 di sini pagi Selasa.

Temasya dwitahunan edisi ke-29 itu bakal bermula pada 19 Ogos dengan menyaksikan 405 acara daripada 38 jenis sukan selain disertai kesemua 10 buah negara anggota ASEAN dan kontinjen jemputan iaitu Timor Leste.

Hari Raya Aidiladha dijangka pada 1 September iaitu sehari selepas hari wukuf di Padang Arafah sekali gus menjadi Haji Akbar atau sambutan besar untuk ibadah rukun Islam kelima itu tahun ini kerana jatuh pada hari Jumaat.

Malaysia sudah lima kali menganjurkan Sukan SEA dengan kali terakhir menjadi tuan rumah ialah pada 2001 serta muncul sebagai juara buat kali pertama apabila meraih 111 pingat emas, 75 pingat perak dan 85 pingat gangsa.

Ketika itu seluruh ibu negara terpaksa dikawal ketat oleh pasukan keselamatan ekoran kebimbangan kesan peristiwa serangan dramatik pengganas terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2001. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Khairy JamaluddinSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd