• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Puchong Gempar Buaya ‘Sidai’ Di Sungai Klang

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – Penduduk Kampung Seri Aman di sini, sekali lagi gempar dengan kelibat seekor buaya sepanjang hampir enam meter yang timbul secara tiba-tiba pada Selasa malam lalu.

Reptilia itu dikatakan muncul dilihat di sekitar kawasan berbatu berdekatan tiang landasan stesen transit aliran ringan (LRT) di Sungai Klang di sini lewat malam semalam.

Kemunculan haiwan itu dikatakan disedari penduduk kira-kira jam 7.45 malam sebelum lokasi kejadian mula dikerumuni orang ramai yang ingin melihatnya dengan lebih dekat.

Seoran penduduk, Muhd. Salleh Ozmi, 28, berkata, kemunculan sang bedal itu bukan pemandangan luar biasa bagi ahli keluarganya.

Dia yang tinggal lebih kurang 40 meter dari jarak sungai berkenaan mendakwa semakin kerap melihat haiwan itu timbul dan ‘bersidai’ di tebing konkrit kebelakangan ini.

“Tahun ini saja sudah lebih kurang empat kali saya nampak buaya bermain-main di kawasan berbatu bawah tiang LRT itu.

“Kata orang tua-tua kalau buaya timbul lebih tiga kali itu tandanya nak banjir…tapi tak tahulah,” katanya.

Muhd. Salleh berkata, setakat dia mendiami kampung berkenaan belum pernah dia mendengar haiwan itu mengganggu penduduk.

Katanya, kebiasaannya reptilia itu akan muncul antara jam 5 dan 6 petang ‘bermain-main’ di sekitar kawasan batu yang timbul di permukaan sungai.

“Setahu saya ada tiga ekor buaya dalam sungai ni sejak 30 tahun lalu… mula-mula tadi hanya nampak seekor lepas tu timbul lagi dua ekor, cuma pelik kerana kali ni ia timbul pada waktu malam.

“Namun ada juga tertanya-tanya mengapa ia kerap muncul kebelakangan ini dan kadangkala sampai ke tebing yang terletak kira-kira 20 meter dari jarak ketinggian jalan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Azril Jamanhuri, 26, berkata, lokasi tepi Sungai Klang akan bertukar menjadi tapak pesta dan dipenuhi orang ramai apabila reptilia itu menunjukkan dirinya.

Dia yang sudah dua kali melihat kelibat buaya tahun ini mendakwa penduduk kampung tidak berasa takut setiap kali haiwan itu muncul.

“Apabila ada saja yang nampak kelibat buaya, berita akan cepat tersebar dan ramai akan penuhi lokasi.

“Biasanya yang rasa cemas dan bimbang adalah orang luar dari kawasan sini… setakat ni buaya di sini tak pernah ganggu atau cederakan mana-mana penduduk,” katanya.

Manakaa seorang penduduk, Kamsani Kamarudin berkata, kemunculan buaya di sungai berkenaan bukan pemandangan baru bagi penduduk kampung.

Katanya, adakala buaya itu boleh dilihat dari bawah jambatan berdekatan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan sungai berhampiran Kampung Tengah.

“Buaya ni dah selalu dilihat namun penduduk tetap akan berhentikan kenderaan di tepi jalan untuk melihatnya setiap kali ia muncul kerana dapat juga ‘cuci mata’.

“Orang kampung tak bercadang nak tangkap buaya tu sebab ia tidak pernah kacau orang,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: Buayapenduduk
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd