• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Warden Pukul Pelajar Tahfiz Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang pembantu warden asrama madrasah tahfiz swasta di sini, direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pukul membabitkan seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun.

Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 29 tahun itu bermula hari ini sehingga Rabu ini.

Terdahulu, lelaki berpakaian oren lokap polis itu tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen/Majistret di sini, pada 9.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman semalam, turut mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu Mohamad Thaqif Amin iaitu Felda Wani Ahmad, pada 18 April lepas, yang mendakwa anaknya dipukul oleh warden sekolahnya dengan paip getah pada 24 Mac lepas.

Sumber foto: Berita Harian

Pembantu warden itu ditahan polis di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, di sini, kira-kira 4 petang semalam.

Rahmat berkata polis kini sedang menunggu laporan penuh pihak hospital berhubung punca sebenar penyakit yang dialami Mohamad Thaqif Amin sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat, dilaporkan berkata Mohamad Thaqif Amin terpaksa dipotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman ke atas tubuh badan namun pelajar itu kemudian disahkan koma.

Pelajar tersebut, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas dipercayai mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas akibat dipukul oleh pembantu warden. – BERNAMA

Tags: warden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

Tiada Warden Pada Malam Kejadian, Zara Kelihatan Diam Dan Sedih – Saksi

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada warden bertugas pada malam kejadian yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan keadaan asrama...

Warden Tak Mengaku Cabul Pelajar Lelaki Di Belakang Tandas

Warden Tak Mengaku Cabul Pelajar Lelaki Di Belakang Tandas

22/08/2024
0

Muar : Warden sebuah pusat pengajian swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd