• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Organisasi Belia Perlu Penjenamaan Semula – TPM

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Organisasi belia perlu dijenamakan semula daripada aspek semangat, pendekatan dan pengisian program bagi memastikannya kekal relevan dengan citarasa anak muda kini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, beliau meminta organisasi belia di negara ini supaya memikirkan idea-idea segar yang sesuai dengan aspirasi generasi Y dan milenium selain mengelak daripada mengadakan program-program bersifat ‘syok sendiri’.

“Kalau setakat buat program rombongan ke Phuket, ke Bali, itu cerita lama. Belia sekarang jangan disogok dengan semua itu.

“Belia sekarang mahu sogokan dari segi aktiviti dan pengisian program yang relevan dengan citarasa mereka…jangan buat program syok sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Ke-38 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menggesa Gerakan Belia 4B supaya menjadi tulang belakang kepada kerajaan dalam menarik generasi muda untuk bersama-sama menjayakan agenda pembangunan golongan belia khususnya Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Beliau berkata pergerakan itu tidak seharusnya membiarkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin keseorangan dalam mencorak masa depan belia negara ini.

“Anggota Gerakan Belia 4B mesti turun padang, gamit sokongan anak muda supaya menjadi organisasi yang diterima mereka semua,” katanya.

Timbalan perdana menteri turut mengingatkan pimpinan baharu Gerakan Belia 4B supaya menjalinkan kerjasama dengan kepimpinan lama bagi menjadikan pertubuhan itu terus utuh dan bersatu padu.

“Pemimpin lama pula jangan kacau orang lain, sedarlah diri yang zaman mereka telah berlalu.

“Kalau kita dah jadi kitab buruk, duduk elok-elok, jangan mengizinkan diri kita yang sudah menjadi kitab buruk ini untuk duduk di lantai dan benarkan orang lain pijak. Biarlah orang terus hormat kita,” kata beliau.

Mesyuarat Gerakan Belia 4B itu menyaksikan presidennya, Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin tidak mempertahankan jawatan kerana menyandang jawatan itu selama dua penggal sejak 2009. Perlembagaan pertubuhan itu menetapkan had maksimum dua penggal untuk seseorang memegang jawatan presiden.

Jawatan itu kemudian menyaksikan pertandingan di antara Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B, Mohd Nizam Omar dan Naib Presiden 1, Ahmad Daniar Ismail.

Keputusan pemilihan jawatan dijangka diketahui lewat malam ini. – BERNAMA

Tags: BeliaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd