• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu TH Jaga Kebajikan Jemaah, Pendeposit

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Lembaga Tabung Haji (TH) memberi tumpuan menjaga kebajikan jemaah haji, pendeposit dan memperkasa penglibatan dalam sektor korporat.

Ia antara amanat Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika merasmikan pemukiman hala tuju Tabung Haji di sini hari ini, yang disertai tokoh industri, tokoh korporat, pemegang taruh dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Najib dalam sesi itu menekankan kepentingan menjaga kebajikan pendeposit serta aspek keselesaan tempat tinggal dan kesihatan jemaah semasa menunaikan haji.

Perdana Menteri juga mahu kapten industri dan GLC yang hadir memberi pandangan jenis pelaburan yang boleh diceburi TH di dalam negara bagi mengukuhkan kewangan badan itu, katanya.

“Perdana Menteri mahu perkara-perkara ini diberi tumpuan dan perhatian demi kelangsungan badan yang menguruskan dana umat Islam dalam mendepani cabaran masa depan,” kata Abdul Azeez ketika ditemui pemberita selepas sesi perasmian itu.

Sesi perasmian tertutup bersama Perdana Menteri itu berlangsung kira-kira setengah jam, manakala pemukiman berlangsung sehari.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Abdul Azeez dalam pada itu berkata hasil resolusi sesi pemukiman itu akan dibukukan untuk dijadikan garis panduan dalam perancangan TH pada masa depan.

Beliau berkata TH juga akan mengadakan sesi pemukiman di peringkat akar umbi selepas ini bagi mendengar secara langsung pandangan atau kefahaman rakyat mengenai TH.

Mengenai TH, Abdul Azeez berkata lembaga itu memerlukan antara RM260 juta hingga RM300 juta tahun ini sebagai kos menampung subsidi yang perlu ditampung untuk jemaah yang akan menunaikan haji.

“Ketika ini subsidi yang dibayar kerajaan bagi seorang jemaah haji ialah RM9,570 daripada kos keseluruhan berjumlah RM19,550,” katanya.

TH kini mempunyai 9.1 juta pendeposit. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd