• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN: Seret Penyangak Cukai Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam LHDN, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMBACA berita pendedahan eksklusif di Mingguan Malaysia mengenai manipulasi cukai oleh kanglomerat elit di negara ini membuatkan hati jadi sakit bukan kepalang.

Berita 10 syarikat multi nasional menyeleweng cukai dengan pelbagai taktik licik dan konspirasi dengan syarikat akauntan bertauliah antara bangsa, membuatkan kita berasa: Apakah undang-undang negara kita kita hanya untuk rakyat yang bodoh!

Apakah negara kita sedang berdepan dengan sejarah modus operandi Mafia pada tahun enam puluhan di Amerika Syarikat? Skandal unik di mana penjenayah ekonomi Mafia dan penguasa tempatan berkonspirasi menipu negara!

Apakah syarikat besar dalam pelbagai platform niaga di negara ini sedang memanipulasi undang-undang negara?

Dan kalau pun boleh, apakah kita akan membiarkannya?

Apakah manipulasi undang-undang ini, tiada jalan penyelesaian bagi membantu negara mengutip cukai pada angka yang sebenarnya?

Apakah konspirasi kanglomerat industri telco, minyak, pengangkutan, logistik, hartanah, pasaran modal dan ekuiti ini, harus kita terima sebagai realiti sahaja?

Apakah setelah dikenal pasti, dinasaur ini akan terus menjadi ancaman senyap yang tidak mampu ditangani?

Menurut laporan akhbar Mingguan Malaysia, dua syarikat gergasi ini sahaja, sudah mampu menipu negara dan membabitkan kerugian RM500 juta tahun lalu. Manakala suku pertama tahun ini sahaja, kerajaan sudah kerugian RM300 juta.

Celaka sungguh!

Apakah maklumat ini hanya akan menjadi satu pengetahuan am dan kemudian digosipkan rakyat di sana-sini sebagai satu lagi bencana lama yang kini sudah disedari tetapi tidak akan mampu diatasi?

Kanglomerat penyangak cukai ini merancang secara teratur melalui kolaborasi jahat dengan syarikat akauntan antarabangsa untuk menipu kerajaan.

Malah, beberapa kelemahan dalam sistem pelepasan cukai berjaya membuatkan kanglomerat ini bukan sahaja mengelakkan pembayarab cukai, tetapi menuntut kembali cukai yang dibayar.

Ia dibuat melalui platform beberapa skim inisiatif yang disediakan kerajaan bagi proses tuntutan semula.

Setakat ini dua syarikat milik dua Tan Sri sudah dikenal pasti. Angka signifikan bagi dua syarikat ini sekitar RM500 juta. Angka keseluruhan bagi 10 syarikat yang disyaki pula melangkau jumlah berbilion ringgit.

Kita harap, sekali pun ini laporan eksklusif berdasarkan maklumat yang dipetik melalui sumber, namun pasti ia berasas.

Di negara ini, 6.5 juta penjawat awam dan swasta tidak akan dapat melepaskan diri walau sesen pun daripada gari cukai. Bagi yang layak tetapi mengelak, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengejar anda hingga dalam kelambu sekiranya wujud penyelewengan.

Malah, sistem Potong Cukai Berjadual (PCB) menjadikan kaki dan tangan pekerja yang berpendapatan melepasi garis cukai perlu menjelaskan cukai secara bulanan. Malah, perlu mengisytiharkannya pula secara tahunan tanpa gagal sebelum 31 April. PCB menjadikan tidak ada ruang sebesar lubang jarum pun untuk mengelakkan diri.

Kita berharap, pendedahan ini segera disambut oleh LHDN. Kita hendak tahu siapa dua Tan Sri dan nama sepuluh syarikat yang biadap dan berani menipu negara. Orang kecil sudah diikat tangan. Sampai masa orang besar diheret LHDN ke muka pengadilan.

Kita tunggu siapa pengkhianat tersebut. Juga kita ingin tahu konglomerat manakah yang menyangak wang negara dalam permainan jahat mempersenda dasar pencukaian negara.

Ayuh! Jelaskan siapa mereka. Seret ke muka pengadilan!

Tags: LHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd