• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian Obor KL2017 Dapat Sambutan Menggalakkan

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Seramai 5,000 orang memohon untuk menyertai Larian Obor KL2017 sempena Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Ogos depan diterima setelah pendaftaran ditutup Jumaat lepas.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, bagaimana pun pihaknya hanya memerlukan 3,400 peserta untuk larian itu yang mana obor akan dibawa mengeliling negara bermula di Johor Baharu pada 14 Mei ini sehingga pembukaan Sukan SEA pada Ogos depan.

“Sambutan orang ramai untuk menyertai larian ini adalah amat menggalakkan,” katanya kepada pemberita sempena program KL2017@Sekolah di Sekolah Kebangsaan Chembong di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahri Idris.

Mengenai program KL2017@Sekolah yang bermula sejak 2 Mac lepas pula, beliau yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata sambutan terhadapnya juga amat menggalakkan yang mana setakat ini program itu (KL2017@Sekolah) telah singgah ke-21 sekolah di seluruh negara.

“Selepas kita bawa program ini, kesedaran berkenaan Sukan SEA 2017 semakin meningkat. Saya pasti setelah Larian Obor dilangsungkan, lebih ramai lagi akan menyedari berkenaan KL2017 dan semangat kita sebagai tuan rumah itu akan lebih menyerlah nanti,” kata Khairy.

Program tersebut membawa dua mesej penting iaitu semua rakyat Malaysia bangkit bersama dalam menyokong KL2017 dan membantu memastikan penganjuran temasya sukan kali ini yang terbaik pernah disaksikan dalam sejarahnya.

Ia juga berkenaan memupuk sikap cintakan alam sekitar yang mana kali ini merupakan penganjuran kali pertama yang menjadikan temasya tersebut bertemakan ‘Green Games’.

“Saya rasa sangat sesuai untuk gunakan pentas KL2017 ini bagi menanam budaya sayangkan alam sekitar dan menjimatkan penggunaan elektrik serta menggalakkan budaya kitar semula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan SEA 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd