• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Punk Muslim Berdakwah Di Konsert

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APABILA melihat sekumpulan anak muda yang berimej rambut ala Mohawks, berjaket kulit dan berseluar jean, sudah tentu ada pandangan negatif terhadap mereka.

Namun, berbeza dengan ratusan anak muda dari Indonesia ini apabila menyertai gerakan baharu, ‘Punk Muslim’, yang ingin taat beragama dan memperjuangkan isu umat Islam.

Kumpulan Punk Muslim Berdakwah Di Konsert

Reuters melaporkan, walaupun masih dengan identiti rambut terpacak, mereka mengaji al-Quran dan solat berjemaah, selain berdoa selepas konsert.

“Nabi Muhammad selama-lamanya,” itu antara kata-kata dilaungkan sekumpulan pemuda di sebuah konsert terbuka dihadiri sejumlah besar peminat yang menari mengikut rentak muzik kumpulan Punk Islam pertama di Indonesia.

Aktif di kota-kota besar republik itu Jakarta, Bandung dan Surabaya, kumpulan Punk Islam ini menuntut kebebasan Palestin dan isu sosial dalam lirik lagu.

Kumpulan Punk Muslim Berdakwah Di Konsert

Anggota kumpulan Punk Muslim itu mendakwa mereka, seperti kumpulan rock Punk asli Barat, masih bersikap memberontak dan antigolongan berkuasa.

Seorang pengasasnya, Ahmad Zaki berkata, mereka mahu mengubah tanggapan genre muzik Punk yang sering dikaitkan dengan kecenderungan ke arah kelakuan buruk.

“Kami boleh menukar diri ke arah kebaikan, buat perkara lebih positif,” katanya yang berharap kumpulan itu akan dapat menyemaikan semangat keIslaman dalam kalangan mereka.

Anggota-anggota gerakan itu, kebanyakannya seniman jalanan, dilaporkan mula menjadi lebih Islamik termasuk meninggalkan minuman alkohol.

Kumpulan Punk Muslim Berdakwah Di Konsert

Seorang anggota yang dahulunya penagih arak, Reza Purnama berkata ramai yang sepertinya sudah mula meninggalkan minuman keras dan lirik yang dihasilkannya lebih positif.

“Orang ramai tidak memandang rendah lagi pada kami,” katanya, yang berdepan tanggapan buruk masyarakat terhadap anak muda punk.

Pada setiap kali konsert yang terkenal dengan ‘head banging’ itu,  penonton akan menundukkan kepala berdoa dan bertafakur  serta mendengar ceramah selepas konsert berakhir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiaislampunk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd