• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konvoi Jokowi Tanpa Siren, Tutup Jalan Dan Hasilnya…

oleh
08/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Berbeza presiden Indonesia terdahulu, Joko Widodo sejak 2015 mengarahkan konvoi kenderaan keselamatan mengiringi kereta rasmi beliau lebih santun di jalan raya yang sibuk.

Ini termasuk tidak mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih dipasang di bonet depan kereta Mercedes Benz S-600 dengan nombor plat RI 1 itu ketika berada di atas jalan demi mengelak perasaan bangga diri pemimpin itu.

Bagaimanapun tugas pengawalan keselamatan yang setiap hari dilakukan Pasukan Pengaman Presiden (Paspamres) bukan kerja mudah terutama ketika Presiden Jokowi perlu menjelajah pantas dari satu tempat ke tempat lain.

Apatah lagi di pusat bandar raya Jakarta yang sudah biasa dengan ‘macet’ atau kesesakan trafik, pasukan itu perlu berfikir pantas melancarkan konvoi kenderaan presiden untuk sampai di tempat dituju tanpa risiko terkandas.

Lebih menarik, Jokowi yang sedar masalah tersebut sejak mengambil alih jawatan itu daripada Susilo Bambang Yudhoyono kemudian mengurangkan jumlah kenderaan pengiring daripada 15 buah kepada hanya tujuh buah.

Ini menyaksikan konvoi beliau cuma terdiri antara lain iaitu Mercedes-Benz G Class, Mercedes-Benz S600 Pullman Guard serta motosikal Honda Goldwing dan Yamaha FZ1 sekali gus mempercepatkan pergerakan beliau sendiri.

Konvoi Jokowi Tanpa Siren, Tutup Jalan Dan Hasilnya...

Kementerian Sekretariat Negara pada 6 April lalu turut memuat naik rakaman video eksklusif tugas pengawalan presiden yang dilakukan Paspamres secara santun sehingga menerima banyak pujian positif daripada netizen.

Video tersebut memperlihatkan rombongannya langsung tidak menggunakan bunyi bingit siren untuk mendapatkan laluan serta memberi tanda penghargaan kepada pengguna jalan dengan memberikan isyarat ibu jari tangan.

Cara unik ini terbukti berhasil apabila konvoi presiden bukan sahaja tidak memekakkan telinga dengan pencemaran bunyi, bahkan mendapat keutamaan pemandu kenderaan yang tanpa disuruh segera memandu ke bahu jalan.

Menerusi video berdurasi empat minit ini memperlihatkan proses pergerakan presiden dari Istana Bogor di Jawa Barat menuju Istana Merdeka di sini sejauh 61 kilometer yang lazim mengambil masa 69 minit jika tiada ‘macet’.

Video ini telah disaksikan lebih 24,000 kali dan mengundang pelbagai komentar daripada pengguna media sosial yang memuji Jokowi kerana tidak mementingkan diri dengan mengarahkan penutupan jalan untuk konvoi beliau.

Cara sebegini menyebabkan rakyat Indonesia lebih memandang hormat terhadap beliau kerana tidak terlalu berkira dari segi protokol dan merasai sendiri suasana ‘macet’ jalan raya secara semula jadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaJokowi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd