• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kehadiran seorang gadis Itali ke sebuah perkampungan di Desa Tragung, Kabupaten Batang, Wilayah Jawa Tengah demi mengahwini kekasihnya mencetuskan sensasi di Indonesia.

Ilaria Monte Bianco malah sanggup ‘terbang’ sejauh 10,000 kilometer dari bandar asalnya di Bari ke kampung tersebut hanya untuk menyatukan cintanya dengan seorang pemuda tempatan, Dzulfikar Wishnu Mahendra.

Gadis berusia 21 tahun itu mula mengenali jejaka berumur 23 tahun tersebut menerusi laman Facebook dua tahun lalu dan kemunculan Ilaria turut menggemparkan polis tempatan yang mulanya hairan apakah motif kehadirannya.

Bukan itu sahaja, kedatangan Ilaria juga menyebabkan ribuan penduduk hadir membanjiri kediaman Dzulfikar semata-mata untuk belajar apakah rahsia kehebatan pemuda kampung tersebut berjaya ‘memikat’ gadis Eropah.

“Jika tidak ada ‘aral melintang’, kami berniat akan menikah. Kami sudah mantap (bersetuju) akan kahwin sekitar satu bulan lagi. Adapun, tanggal (tarikh) pernikahan sedang kami runding bersama kedua-dua belah keluarga.

“Ia juga kerana menunggu proses administrasi (pentadbiran) selesai,” kata Dzulfikar ketika ditemui pemberita tempatan dan antarabangsa pada Khamis di rumahnya terletak kira-kira 397 kilometer dari ibu kota Jakarta.

Kenal Di FB, Gadis Itali Ini Ke Indonesia Nikahi Kekasihnya

“Saat itu ada rasa sayang tetapi bukan cinta. Saya memberanikan diri menyapa dengan kata ‘hello’ dan kemudian dibalas Ilaria dengan kata yang sama,” katanya. Berita percintaan mereka bahkan tular menerusi media sosial.

Melalui perkenalan awal jarak jauh itu, ujar Dzulfikar, setiap kali ada kesempatan waktu, dia menghubungi Ilaria melalui jejaring Facebook sehingga menerbitkan perasaan cinta. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Ilaria hanya fasih dua bahasa, iaitu Itali dan Inggeris. Sementara saya tahu berbahasa Inggeris secara otodidak (belajar sendiri),” jelasnya sambil menyatakan bahawa gadis tersebut datang ke rumahnya sejak 18 April lalu.

Dalam pada itu, Ilaria yang bertugas sebagai jurulatih renang di sebuah sekolah rendah di Milan, 574 kilometer dari ibu kota Rom itu menyatakan bahawa dia menabung selama dua tahun sebelum mampu ‘terbang’ ke Indonesia.

“Saya sudah minta izin daripada kedua-dua orang tua saya untuk bernikah dengan Dzulfikar,” katanya yang turut gemar buah betik tempatan dan makanan tradisional terkenal masyarakat Jawa berasaskan kacang soya, tempe.

Sementara itu, ibu Dzulfikar, Ismoyowati dilaporkan turut terkejut dengan kehadiran Ilaria namun menerimanya. Media tidak pula melaporkan sama ada si jejaka itu masih belajar atau bekerja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaItali
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd