• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JR Plus Beri Kegerunan Kepada Pembangkang

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kegerunan kepada pihak pembangkang terhadap perpaduan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata JR Plus yang dilancarkan dua hari lepas menunjukkan kesiapsiagaan yang tinggi kalangan jentera BN dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.

“Sebenarnya kami telah bersiap sedia (untuk menghadapi PRU14) lebih awal lagi dan kami tidak tunggu dan lihat apa yang pembangkang buat.

“Saya rasa semua yang lihat pelancaran JR Plus sedikit gerun dengan perpaduan yang ada dalam BN dan persiapan kami,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Anak Muda Turun Padang ‘Volunteer for Kuala Lumpur 2017’ di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai JR Plus yang dilancarkan Najib dua hari lepas yang bakal berfungsi sebagai platform bersama jentera UMNO dan BN menghadapi PRU14.

JR Plus bakal menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

Sementara itu, mengenai program sukarelawan itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata ia sebahagian daripada usaha menanam mentaliti kelas pertama kepada sukarelawan yang terlibat, sesuai dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menghimpunkan golongan belia sebagai sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan, pembersihan dan mencantikkan sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd