• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPNK Nasihat Orang Asli Jangan Bina Sekatan Pembalakan

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menasihatkan masyarakat Orang Asli supaya tidak membina sekatan pembalakan di kawasan masing-masing walaupun keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengiktiraf tanah di Pos Belatim, Gua Musang tanah adat mereka.

Pengarahnya Datuk Zahari Ibrahim berkata mana-mana pihak khususnya Orang Asli yang membina sekatan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) boleh dikenakan tindakan kerana ia menyalahi Enakmen Perhutanan Negara 1984.

“JPNK akan menjalankan tindakan meroboh sebarang sekatan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli jika ia berlaku selepas ini.

“Kita juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan itu selaras dengan keputusan mahkamah yang lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahad lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz memutuskan tanah seluas 9,300 hektar di Pos Belatim, Gua Musang, kekal sebagai tanah adat Orang Asli.

Beliau turut membatalkan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri untuk membangunkan projek Ladang Rakyat seluas 1,000 hektar di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Zahari IbrahimOrang AsliPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd