• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Cadang Palangkaraya Ibu Kota Baharu Indonesia?

oleh
12/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pemerintah Indonesia bercadang memindahkan pusat pentadbirannya ke Palangkaraya sebagai usaha mengatasi kepesatan pembangunan yang kini hanya terlalu tertumpu di kota Jakarta.

Media tempatan melaporkan bahawa Ketua Badan Perencanaan Pembangunan Nasional (Bappenas), Bambang Brodjonegoro berkata, arahan secara rasmi sudah pun dikeluarkan oleh Presiden Joko Widodo baru-baru ini.

Pemimpin tertinggi republik tersebut yang mesra disapa sebagai Jokowi itu malahan mengarahkan Kementerian Perencanaan dan Pembangunan Nasional untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai cadangan berkenaan.

Beliau berkata, kesibukan pusat bandar raya Jakarta sebagai ibu negara kini berada di tahap parah ditambah lagi dengan projek-projek pembangunan dan permukiman penduduk yang menjadikan kota raya itu semakin padat.

“Jakarta itu pusat untuk segala-galanya, kewangan, industri, bisnes dan pemerintahan. Melihat kesesakan semakin parah, maka perlu ada upaya untuk memecah penumpuan pembangunan wilayah ini,” jelas Bambang lagi.

Untuk rekod, cadangan pemindahan ibu negara pernah disuarakan presiden terdahulu, Susilo Bambang Yudhoyono dan ketika itu antara tempat disebut-sebut ialah Subang di wilayah Jawa Barat, terletak 132 kilometer dari Jakarta.

Ia dikatakan mengambil konsep kejayaan negara jirannya sendiri menerusi projek pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baharu kerajaan persekutuan, kira-kira 30 kilometer dari ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.

Namun kali ini, Jokowi meminta langsung dipindahkan pusat pemerintahan republik itu di luar Jawa, pulau paling padat manusia di dunia dengan 145 juta orang atau lebih separuh penduduk Indonesia; ke wilayah yang lain!

Antara pilihan beliau ialah Palangkaraya, ibu wilayah Kalimantan Tengah iaitu 1,823 kilometer dari Jakarta yang pernah dihasratkan oleh mantan presiden Soekarno dan Suharto dijadikan sebagai pusat pemerintahan Indonesia.

Beberapa negara juga memindahkan ibu kota ke lokasi baharu seperti Washington DC, Amerika Syarikat, Canberra, Australia; Brasilia, Brazil; Astana, Kazakhstan; Islamabad, Pakistan; Abuja, Nigeria dan Naypyidaw, Myanmar.

Terbaharu pemerintah Mesir dan China juga berhasrat memindahkan ibu negara masing-masing dari Kaherah dan Beijing. Proses itu lazimnya mengambil masa bertahun-tahun dengan kos pembangunan semula cukup besar.

Mengulas lanjut Bambang berkata, fokus pemindahan ibu kota adalah pusat pemerintahan sahaja melibatkan bangunan kementerian dan agensi pemerintah, manakala pusat perekonomian utama tetap beroperasi di Jakarta.

Beliau namun berkata setakat ini pemerintah Indonesia masih belum membuat keputusan muktamad mengenai wilayah yang bakal dijadikan pusat pentadbiran negara baharu itu untuk mengelak spekulasi harga hartanah.

Katanya, pemindahan itu dijangka memperluaskan lagi proses pembangunan di seluruh Indonesia apabila tidak hanya tertumpu di sekitar Jakarta, sebaliknya limpahan kemajuan bertebaran ke wilayah terpencil pula.

Berdasarkan catatan sejarah nama asal Kota Jakarta ialah Sunda Kelapa dan ia mula dikuasai oleh seorang anak muda bernama Fatahillah yang kemudiannya menukar nama bandar itu sebagai Jayakarta pada 22 Jun 1527.

Setelah Belanda menduduki Jayakarta, pemerintahan penjajah itu menukar nama sebagai Batavia dan menjadikan pusat pentadbiran sebelum ditukar kepada Jakarta setelah Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945.

Kota metropolitan seluas 666 kilometer persegi dengan penduduk seramai lebih 10 juta orang itu adalah bandar raya terbesar di rantau Asia Tenggara dan turut menempatkan Sekretariat ASEAN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaJakartaJokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia?  – Radzi Jidin

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia? – Radzi Jidin

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Apakah Benar 127.3 hektar tanah milik Malaysia di Pulau Sebatik Telah Diserah Kepada Indonesia? Persoalan itu dibangkitkan...

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

13/04/2026
0

Oleh Mynewshub JAKARTA – Indonesia kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya. Menurut laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd