• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janet Jackson Bercerai Selepas 3 Bulan Lahir Bayi?

oleh
09/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bintang terkenal Amerika Syarikat (AS), Janet Jackson, kakak penyanyi terkenal dunia, Michael Jackson itu, khabarnya berpisah dengan suaminya yang juga jutawan, Wissam Al Mana.

Memetik laporan portal Daily Mail, hanya selepas tiga bulan melahirkan bayi perempuan, Eissa Al Mana, pasangan ini memutuskan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.

Menurut sumber terdekat, pasangan yang telah lima tahun berkahwin itu berpisah kerana tiada kesefahaman lagi. Wissam merupakan ahli perniagaan terkenal warga Qatar.

“Sedihnya Janet dan Wissam tidak mampu lagi mempertahankan mahligai yang dibina dan membuat keputusan untuk jalani kehidupan masing-masing.

“Meskipun terlalu sibuk, mereka berdua tetap menjalankan tugas sebagai ibu dan bapa kepada anak tunggal biarpun tidak lagi tinggal bersama,” kata sumber itu.

Sementara itu, menerusi laman portal tempatan The Sun melaporkan bahawa misteri punca penceraian mereka berdua masih lagi menjadi tanda tanya.

Baik Janet, 50, mahupun Wissam, masing-masing mengunci mulut dan tidak mengembar-gemburkan hal tersebut. Ini merupakan penceraian kali ketiga buat Janet sendiri.

Sebelum ini penyanyi lagu Runway ini pernah berkahwin dengan penyanyi AS, James Curtis DeBarge pada tahun 1984 lalu tetapi mereka bercerai setahun kemudian.

Menerusi perkahwinan keduanya bersama produser muzik Rene Elizondo pada 1991 juga tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah selepas sembilan tahun hidup bersama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Janet JacksonMichael Jackson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pintu Kaca Balai Polis Buka Sendiri Cetus Misteri

Next Post

Kesesakan Di George Town Seperti Tiada Pengakhiran

Related Posts

‘El Ayuwoki’ Pula Ancam Serang Manusia Waktu Tidur

10/03/2019
0

SEBUAH video Michael Jackson ala Momo yang mengatakan bahawa bintang yang telah meninggal dunia itu akan masuk ke bilik tidur...

Dakwaan Cabul, Lagu Michael Jackson Kena Gam

09/03/2019
0

SELEPAS satu pendedahan sebuah dokumentari yang membongkar dakwaan mencabul kanak-kanak ke atas mendiang Michael Jackson, sebuah stesen radio utama di...

Next Post

Kesesakan Di George Town Seperti Tiada Pengakhiran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd