• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Kerana Nak Basikal, Lebih 100k Serbu FB Jokowi

oleh
02/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Hadiahnya hanyalah 10 buah basikal namun sambutan amat luar biasa apabila lebih 100,000 netizen membanjiri akaun Facebook rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini.

Pemimpin republik itu menganjurkan kuiz #SepedaJokowi yang telah ditutup sejak 24 Mac lalu dan kini ramai pengguna media sosial tempatan ternanti-nanti siapakah yang bakal bertuah menerima basikal Presiden Jokowi itu.

Dalam catatan pada 30 Mac lalu, beliau mengaku gembira atas sambutan hangat netizen sanggup bersusah payah menjawab satu soalan mudah diajukannya iaitu: “Seperti apakah negara Indonesia yang maju, menurut kamu?”

Jokowi dalam reaksinya menulis: “Ternyata, mendapat jawapan yang begitu beragam.” Beliau seterusnya berharap hasil daripada jawapan diterimanya itu, memberi bayangan netizen bagaimana rupa negara Indonesia yang maju.

“Bukan hanya kemajuan fizikal. Tapi kerinduan sama tentang negeri yang penduduknya hormati perbezaan, bebas rasuah, perbaikan sektor pendidikan, pembangunan prasarana, junjung tinggi Pancasila dan lain-lain,” ujarnya.

Jokowi mencatat, sejumlah 112,283 netizen mengirim jawapan melalui kolum komentar sekali gus menyebabkan beliau berasa takjub dengan angka tinggi tersebut meskipun hadiahnya cuma basikal untuk 10 pemenang sahaja.

“Kalau semua jawapan tersebut dicetak sebagai buku, ia mungkin menghasilkan senaskhah kitab setebal lebih 20,000 halaman!” seloroh Jokowi. Kuiz berkenaan hanya dibuka pada 19 Mac dan ditutup seminggu kemudian.

Meskipun sudah pun ditutup pada minggu lalu, catatan dimuat naik Jokowi itu masih lagi menerima tambahan hampir 30,000 komen, selain dikongsi kira-kira 15,000 kali dan menerima sebanyak lebih 90,000 tanda suka.

Ekoran sambutan luar dugaan itu, Jokowi melalui pasukan medianya memerlukan banyak waktu untuk membaca, menelaah dan memilih jawapan terbaik netizen untuk layak diberikan hadiah kenderaan beroda dua tanpa enjin itu.

“Pengumuman muktamad pemenang #SepedaJokowi bakal dihebahkan dalam waktu dekat. Harap bersabar…” kata Jokowi yang dipetik oleh akhbar berpengaruh tempatan KOMPAS pada Sabtu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: basikalIndonesiaJokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd