Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Model Peragaan Penaja Ganti...

PERLUMBAAN Formula Satu yang tidak lagi menggunakan gadis litar sebagai penyeri di sisi...

TD Jangka Terima MD...

KUALA LUMPUR - Tentera Darat (TD) dijangka akan memperoleh enam helikopter tempur ringan...

Angin Kencang Berterusan Hingga...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan...

DAP Anggap 5 Kakitangan...

KUALA LUMPUR - DAP menganggap lima kakitangan portal berita The Malaysian Insider (TMI)...

Banjir Di Pitas: 2 Sekolah Rendah Masih Ditutup

KOTA KINABALU – Dua sekolah rendah di Pitas, kira-kira 180 kilometer dari sini, masih ditutup kerana dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak petang Isnin lepas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata menurut sumber yang diperoleh daripada Pegawai Pendidikan daerah Pitas, dua sekolah rendah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kusilad dan SK Sosop.

“Tiga sekolah yang sebelum ini ditutup iaitu SK Pinggan-Pinggan, SK Kesegaan dan SK Dallas dibuka seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai keadaan banjir di lima kampung terlibat iaitu Kampung Salimpodon Laut, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Sumbilingon, Kampung Dandung Darat dan Kampung Layang, Mulliadi Al-Hamdi berkata paras air laut surut tetapi keadaan cuaca masih lagi hujan renyai.


Setakat pukul 8 pagi tadi, paras air Sungai Kebatasan masih melebihi paras amaran 5.5 meter manakala Sungai Bengkoka pula ialah 3.65 meter melebihi paras amaran iaitu 3.0 meter.

“Tiada pusat pemindahan dibuka secara rasmi setakat ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori