• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azri AF Didakwa Celup Tangan Anak Dalam Air Panas

oleh AK-47
16/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANJANG dua tahun pasangan Azri AF9 dan Selma Mentor mendirikan rumah tangga, tiada sebarang cerita kurang enak kita dengar dilaporkan media.

Tup-tup, kecoh hari ini apabila Azri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Azri AF Didakwa Celup Tangan Anak Dalam Air Panas

Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak tirinya yang berumur 10 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Perbuatan tersebut dilakukan di Pangsapuri Seri Mutiara, Jalan Putra Indah 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya, Selangor pada 5 Mei 2016 kira-kira jam pukul 8 pagi.

Atas kes itu, Azri didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azri AF Didakwa Celup Tangan Anak Dalam Air Panas

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak menganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 15 Mei ini.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Januari tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua Salma. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azri AFsalma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penagih Tetak Bapa Kerana Desakan Dadah

Next Post

KDN Tidak Keluarkan Peraturan Komunikasi Baharu

Related Posts

“Memang Serik, Tidak Mahu Masuk Lagi” – Azri AF9

06/05/2018
0

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 iaitu Mohammad Azri Abdullah dibebaskan pada Khamis selepas menjalani hukuman penjara 14 hari...

Salma Sedih Suami Dilempar Tohmahan Negatif

30/04/2018
0

SETELAH suaminya dihukum penjara selama 14 hari pada 20 April lalu, penyanyi, Salma Asis mengakui keputusan mahkamah itu telah meninggalkan...

Next Post

KDN Tidak Keluarkan Peraturan Komunikasi Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd