• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Memang Serik, Tidak Mahu Masuk Lagi” – Azri AF9

oleh
06/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 iaitu Mohammad Azri Abdullah dibebaskan pada Khamis selepas menjalani hukuman penjara 14 hari sejak 20 April lalu.

Memetik laporan mStar Online, penyanyi berusia 31 tahun itu meluahkan rasa syukur selain mengakui pengalamannya berada di sebalik ‘tirai besi’ ibarat pengajaran atas kesilapan.

Bagaimanapun pelantun lagu Niskala itu berkata, dia menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.

“Alhamdulillah, ini satu pengalaman baru untuk saya. Pengalaman dan pengajaran untuk diri saya. Saya terima semuanya dengan hati yang terbuka,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai keadaan sepanjang berada dalam tahanan, Azri memberitahu pengalaman selama dua minggu di Penjara Kajang, Selangor memberi seribu satu pengajaran buat dirinya.

Malah, suami kepada penyanyi, Salma Asis itu turut berkata perkara itu membuatkannya berasa serik selain mengakui akan lebih menghargai isteri dan anak-anak.

Bukan itu sahaja, malah dia juga berharap agar netizen berhenti membuat spekulasi berhubung kes berkenaan.

“Memang serik, lepas ni dah tak mahu masuk lagi. Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harap netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini,” ujarnya lagi.

Baca: Aniaya Anak Tiri, Peserta AF Dipenjara 14 Hari

Juga: “Sayang Saya Terhadapnya Tak Pernah Luntur” – Salma

Sekadar mengimbas semula, Azri didakwa atas tuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak tirinya yang kini berumur 11 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya sekitar jam 8 pagi pada 5 Mei 2016.

Kemudiannya, Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM5,000 ke atas Azri selepas bekas peserta AF9 itu mengaku bersalah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Azri AFsalma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salma Sedih Suami Dilempar Tohmahan Negatif

30/04/2018
0

SETELAH suaminya dihukum penjara selama 14 hari pada 20 April lalu, penyanyi, Salma Asis mengakui keputusan mahkamah itu telah meninggalkan...

“Sayang Saya Terhadapnya Tak Pernah Luntur” – Salma

21/04/2018
0

SEMALAM, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd