• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Tokoh Muda Dilantik Duta Belia TN50

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 13 tokoh belia daripada pelbagai latar belakang, kepakaran dan pencipta kejayaan dalam bidang masing-masing dipilih sebagai Duta Belia TN50.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata mereka dipilih bagi mendukung falsafah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan membantu melakar masa depan negara berdasarkan kepakaran masing-masing.

“Mereka akan menggalas amanah dan tanggungjawab untuk sama-sama mendampingi generasi muda melalui pelbagai cara atas kapasiti masing-masing sebagai mewakili kerajaan mendengar suara atau aspirasi golongan itu,” katanya dalam sidang media memperkenalkan duta berkenaan di kementerian itu di sini, hari ini.

Duta Belia TN50 antaranya ialah bekas ratu skuasy negara Sharon Wee Ee Lin, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan pakar pembedahan plastik yang juga bekas ratu gimnastik negara Dr Farrah Hani Imran.

Tokoh lain ialah Naib Presiden Persatuan Penulis dan Ilustrator Buku Kanak-Kanak bagi Malaysia Sarah Joan Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Saora Industries Ganesh Muren; Pengasas Teach For Malaysia Dzameer Dzulkifli dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Beyond Boundaries Dr Lutfi Fadil Lokman.

Turut dinamakan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Research, Advisory and Technology (CREATE) Ng Yeen Seen; Ketua Pegawai Inspirasi Gemilang 4e Zhariff Afandi; pakar mamalia laut Dr Louisa Shohbini Ponnampalam; aktivis golongan orang kurang upaya Dr Aizan Sofia Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Samudra Oil Services, Shahril Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif BorderPass Faisal Ariff.

Khairy berkata duta berkenaan diberi peluang mencipta dan menganjurkan pelbagai program TN50 mereka sendiri berdasarkan bidang kepakaran.

“Seterusnya membantu menganalisis aspirasi-aspirasi yang diterima, kemudiannya dicanai agar suara golongan sasar itu menjadi lebih bermakna,” katanya.

Digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, TN50 merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Wee berkata pemilihannya sebagai Duta Belia TN50 membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan atlet dan berazam menggunakan amanah itu untuk memperkasa penglibatan generasi muda, khususnya golongan wanita dalam acara sukan.

“Saya akan gunakan peluang ini untuk berkongsi pengalaman mengenai kebaikan sukan, selain untuk mengharumkan nama negara… ia juga merupakan landasan dalam menyatupadukan rakyat di negara ini,” katanya yang kini menceburi bidang pengacaraan televisyen.

Bagi Muammar Ghadafi Jamal, beliau akan menggunakan platform itu untuk bergerak menemui setiap lapisan orang muda, bagi berkongsi pengalaman dan mendengar suara hati mereka agar golongan itu tidak ketinggalan dalam membentuk masa depan negara. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd