• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Penampakan ‘Makhluk Kerdil’ Di Hutan Aceh

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN peminat sukan motorcross terkejut besar apabila terserempak dengan susuk makhluk misteri yang menyerupai manusia kerdil di dalam sebuah hutan di pedalaman hutan Aceh, Indonesia, baru-baru ini.

Dalam kejadian 22 Mac lalu, makhluk kerdil tidak berpakaian itu dirakam sedang membawa kayu dan berlari dengan pantas sebaik sahaja cuba dikejar oleh kumpulan berkenaan.

Video kejadian yang menjadi heboh menerusi media sosial itu merakam bagaimana penunggang motosikal yang berada di posisi paling depan terjatuh akibat terkejut dengan kemunculan makhluk itu secara tiba-tiba.

Apabila dikejar, makhluk itu masih sempat lagi membelok dan memasuki kawasan semak-samun sebelum berjaya menghilangkan diri.

Menurut laporan portal Kumparan, makhluk kerdil seakan menyerupai watak toyol di dalam filem Lord of The Rings itu dipercayai merupakan suku Mante yang dipercayai semakin pupus di pedalaman Aceh.

Akhbar Harian Kompas pada 18 Desember 1987 pernah mengeluarkan satu artikel bertajuk “Ditemukan Lagi, Suku Mante di Daerah Pedalaman Aceh”.

Video: Penampakan 'Makhluk Kerdil' Di Hutan Aceh

Ia mengisahkan bagaimana seorang pawang hutan, Tgk M. Yusuf Thalib, 50, pernah bertemu dengan suku Mante yang kebanyakannya hidup di hutan pedalaman Lokop, daerah Aceh Timur.

Sementara itu, Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif yang dipetik Malaysia Gazatte berkata, ia merupakan imej asli orang kerdil yang benar-benar wujud dan mereka daripada suku Mante.

Video: Penampakan 'Makhluk Kerdil' Di Hutan Aceh

“Memang tempat tinggal mereka, sebab itu kalau nak diikutkan ramai orang tua-tua kata masuk hutan ini banyak pantang larangnya.

“Jadi kalau kumpulan itu bertemu, memang betullah tu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AcehIndonesiaMisteriOrang Asli
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

Hanya Orang Asli Berasal Dari Tanah Ini, Etnik Lain Mempunyai Asal Usul Dari Luar – Ronnie Liu

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa hanya Orang Asli berasal dari negara ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd