• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Ismail Berhak Lantik Mario Gomez – Khairy

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai hak melantik bekas pengendali skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez sebagai ketua jurulatih pasukan Harimau Malaysia yang baharu menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tunku Mahkota Johor itu mempunyai kuasa melantik jurulatih terbaik untuk membimbing skuad senior ataupun pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan.

“(Pemilihan jurulatih) itu terpulang kepada pengurusan dan kepimpinan FAM untuk melantik jurulatih kebangsaan dan juga jurulatih skuad peringkat umur,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pengumuman Prudential Assurance Malaysia Berhad sebagai rakan penaja perak untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-29 (KL 2017), di sini hari ini.

Menerusi kerjasama tersebut, syarikat insurans berkenaan akan menyediakan perlindungan insurans kepada 13,000 sukarelawan KL 2017 selain sejumlah wang tunai yang jumlahnya tidak dinyatakan.

Antara tindakan pertama Tunku Ismail sebaik disahkan sebagai Presiden FAM pada Sabtu lalu adalah melantik Gomez menggantikan Kim Swee yang diberi tugas melatih skuad B-23 negara dan menamatkan kontrak pengendali sedia ada, Frank Bernhardt.

Mengulas lanjut, Khairy yakin kemampuan Kim Swee mengendalikan skuad B-23 kebangsaan memandangkan jurulatih kelahiran Melaka itu mempunyai pengalaman luas membimbing skuad sama dalam menghadapi beberapa temasya Sukan SEA sebelum ini.

Beliau menegaskan penamatan khidmat Bernhardt, jurulatih dari Jerman, selaku jurulatih skuad B-23 kebangsaan harus dihormati memandangkan program pasukan itu dirangka oleh FAM sendiri.

“Ini kerjasama antara MSN (Majlis Sukan Negara) dan persatuan sukan kebangsaan.

“Kita perkasakan persatuan sukan kebangsaan untuk membuat keputusan berdasarkan perjanjian di bawah Program Kita Juara dan ia juga termasuk pemilihan jurulatih,” tegas Khairy.

Tunku Ismail menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM bagi sesi 2017-2021 selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, menarik diri.

Annuar dilaporkan sebagai berkata beliau menarik diri daripada perebutan jawatan itu kerana yakin Tunku Ismail mampu membawa perubahan kepada bola sepak tanah air. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinMario GomezTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd