• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Bidas Penyokong JDT Persoal Keputusan Baginda

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam laman media sosial tidak rasmi penyokong JDT yang membuat kenyataan negatif berhubung prestasi pasukan itu musim ini.

Baginda turut membidas pengendali laman media sosial terbabit kerana mempersoalkan atau memperkecilkan keputusan baginda keatas JDT.

“Mereka hanya tahu memberi kenyataan negatif tanpa menyedari bahawa kunci kepada kejayaan kami adalah perpaduan. Perpaduan yang saya tekankan untuk JDT, Bangsa Johor, dan penyokong bola sepak tempatan.

“Mereka tidak sedar mereka secara perlahan-lahan memusnahkan apa yang telah kami bina bersama selama ini dengan mempersoalkan atau memperkecilkan keputusan saya.

“Penyokong-penyokong ini sering berselindung di sebalik alasan “kami mengkritik untuk menunjukkan betapa kami sayangkan kelab,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail mendakwa, penyokong JDT terbabit bukan memberi kritikan, tetapi menuding jari dan menyalahkan individu tertentu dalam JDT.

Justeru, Tunku Ismail mencabar penyokong terbabit menguruskan kelab itu dan mencari wang untuk JDT jika berfikir mereka mempunyai pengetahuan lebih baik daripada baginda.

“Bertempur dengan musuh di hadapan tidak seteruk ditikam orang yang berpura-pura bersahabat,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTpenyokongTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd