• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Wanita Melayu Selamatkan Anjing Dipuji

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN Islam tidak menggalakkan penganutnya menyentuh anjing tetapi bagi Ziezie Zeyta, ianya bukan satu masalah untuk menyelamatkan anjing yang mengalami kecederaan teruk pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian Ziezie di Facebooknya, terdapat beberapa gambar dan rakaman dia menyelamatkan anjing yang terjatuh di dalam longkang dan mengerang kesakitan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka apabila Ziezie yang kebetulan terlihat anjing itu dilanggar sebuah kenderaan di tepi jalan.

Tindakan Wanita Melayu Selamatkan Anjing Dipuji

Ziezie cuba menolong anjing itu setelah mendengar haiwan terbabit mengerang kesakitan, lantas dia menghubungi rakannya supaya dapat membantu.

“Malam semalam saya pergi makan, masa parking saya nampak sebuah kereta langgar anjing ini dengan sengaja.

“Keadaan anjing itu yang tidak boleh bergerak dan meraung, sementara nak tunggu Shikin, saya cuba bagi kan dia makan dan sedikit air,” tulisnya.

Menurutnya, akibat kejadian tersebut, kaki kiri anjing itu patah dan memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan dengan segera.

Tindakan Wanita Melayu Selamatkan Anjing Dipuji

Susulan itu, Ziezie memohon jasa baik orang ramai agar memberi sumbangan kepada kos rawatan klinik termasuk pembedahan dan wad untuk binatang malang itu.

Usahanya berjaya apabila kos untuk memastikan anjing itu kembali pulih berjaya dilakukan selepas ramai pihak tampil memberi sumbangan.

Netizen media sosial memuji Ziezie sebagai wira kerana menyelamatkan anjing berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingMelayuWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

05/08/2026
0

TELUK INTAN - Sebuah premis perniagaan di sini terpaksa ditutup sementara hari ini gara-gara perbuatan seorang pelanggan membawa seekor anjing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd