• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu Islam ketagih.

Pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) itu mendakwa ia menyebabkan ahli politik daripada UMNO dan PAS boleh melakukan apa saja keburukan atas nama Melayu dan Islam.

“Apabila candu politik bahawa doktrin penyatuan ummah asalkan Melayu berkuasa ini kita okay…kita bagi penyapu besar kepada ahli politik daripada UMNO dan PAS. Satu untuk dia sapu semua masalah bawah karpet.

“Sebab apa-apa pun, dia akan terus boleh main emosi ini kerajaan Melayu, ini kerajaan Islam, kita kena pertahankan. Jadi semua masalah soal masalah pengurusan ekonomi, dasar, pendidikan, pasaran kerja, mismatch semua ini dia tak payah bimbang.

“Kerana semua, kalau ada masalah sikit, Melayu Islam. Kalau ada masalah sikit, kita mesti pertahankan kerajaan Melayu. You give, you know, dia macam orang ketagih dadah. You give the power to the dealer,” dakwanya dalam satu rakaman video podcast yang di muat naik di media sosial.

Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa keadaan jadi lebih berbahaya adalah apabila harta kerajaan juga ‘disapu’ atas nama Melayu Islam.

“Penyapu yang lagi bahaya ialah dia sapu semua harta sebab dia kira okay lah sebab dia orang ini.. aku buat apa pun kalau Melayu membankrapkan syarikat kerajaan tak apa. Kalau Cina, kita kena kejar dia sampai ke hujung tanah Cina.

“Tapi kalau Melayu tak apa lah kita sebab orang Melayu. Jadi kalau kamu bagi penyapu kedua itu bahayalah. Maka berulanglah balik semua perkara-perkara yang telah kita nampak, semua yang kita tengok pasal Tabung Haji.

“Ini berlaku semasa kuasa Melayu ini kemuncaknya berada dalam tangan UMNO. 1MDB, Tabong Haji, FELDA, semua institusi Melayu itu semua jadi macam itu dalam keadaan Melayu berkuasa,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli

Tags: BersamaCandu PolitikDatuk Seri Rafizi RamliDoktrinislamketagihMelayuPASPengasas Parti Bersama MalaysiaPenyapupenyatuan ummahUMNO
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Buktikan Penyatuan Ummah Bukan Mustahil

Buktikan Penyatuan Ummah Bukan Mustahil

13/11/2026
0

SELEPAS Johor dan Negeri Sembilan memperlihatkan kelebihan persefahaman politik Melayu, kini giliran Melaka membuktikan bahawa agenda penyatuan ummah bukan lagi...

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd