• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Kerajaan Malaysia Pertahankan Kedaulatan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam berhadapan konflik dengan Korea Utara adalah demi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan rakyat negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim), Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, kerajaan Malaysia memang perlu menyatakan pendirian berbentuk penafian dengan amaran keras kepada Korea Utara.

“Dengan rekod hak asasi manusia yang sangat buruk di Korea Utara, pilihan terakhir Malaysia adalah membeku hubungan diplomatik dan mengusir Duta Korea Utara pulang sebagai mesej pendirian.

“Tindakan Korea Utara menghalang pegawai-pegawai kedutaan dan rakyat Malaysia di Korea Utara pulang telah melanggari semua konvesyen antarabangsa. Lantaran itu, Malaysia perlu mengambil langkah yang sama terhadap Korea Utara yang mana ianya dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad Iskandar yang juga bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagaimanapun menyarankan Malaysia mendapatkan peranan pihak ketiga bagi menjernihkan hubungan dengan Korea Utara.

“Pihak ketiga boleh berperanan bagi menghubungkan antara Korea Utara dan Malaysia dalam memperjelaskan keadaan sebenar dan merungkai segala perbedaan.

“Pihak ketiga perlulah terdiri daripada negara atau individu yang dihormati oleh kedua-dua negara. Sebaiknya pihak ketiga ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana negara. Antara negara yang boleh dicadangkan ialah China, Russia atau Iran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KedaulatanKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd