Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Apa Sudah Jadi? Tuan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu...

Kanak-Kanak Maut Jatuh Lubang...

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam...

Ulama UMNO Peringat Pihak...

Peniaga yang terbabit menyediakan Menu Rahmah adalah tergolong dalam golongan abrar (berkebajikan) dan...

Kanak-Kanak Lelaki Mati Terbelit...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai akibat terbelit...

TH, Bank Islam Serah Zakat Perniagaan RM16.4 Juta

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima zakat perniagaan berjumlah RM16.4 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda menerima cek bernilai RM15.1 juta daripada TH dan cek bernilai RM1.3 juta daripada Bank Islam dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pembayaran kedua-dua zakat perniagaan itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 2016.

Zakat perniagaan TH disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasinya Datuk Adi Azuan Abdul Ghani manakala Bank Islam diwakili Pengarah Urusannya Datuk Seri Zukri Samat.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Ketua Pegawai Eksekutif LZS Hussin Mohd Ali dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Dr Anhar Opir.

Hussin ketika ditemui pemberita kemudian, berkata terdapat peningkatan jumlah pembayaran zakat perniagaan yang diterima LZS daripada dua agensi berkenaan bagi tahun berakhir 2016.

“Zakat TH pada tahun lepas menunjukkan peningkatan iaitu daripada RM14.7 juta pada 2015 meningkat kepada RM15.1 juta pada tahun lepas.


“Begitu juga dengan zakat perniagaan Bank Islam yang pada tahun lepas menyerahkan zakat berjumlah RM1.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM800,000,” katanya.

Sementara itu, Adi Azuan dalam kenyataan di sini berkata menerusi pembayaran zakat perniagaan itu, TH berharap kebajikan masyarakat akan dapat dipertingkatkan selain membantu kegiatan ekonomi golongan asnaf.

Menurut beliau, TH juga akan meningkatkan pengagihan zakat secara terus kepada golongan asnaf di seluruh negara melalui pelbagai program seperti program Iqra, program Ehsan, program Baiti dan program Mobiliti.

“TH memastikan pembayaran zakat kepada pusat pungutan zakat seluruh negara dilaksanakan seawal mungkin supaya wang tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan asnaf yang layak dan seterusnya membantu ke arah kemampanan program-program zakat yang bakal dilaksanakan oleh pusat pungutan zakat negeri-negeri.

“Saya juga menyarankan syarikat korporat dan persendirian yang lain supaya membuat pembayaran zakat ke pusat zakat negeri agar mereka dapat melaksanakan program secara lebih terancang dan berimpak tinggi kepada golongan asnaf,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori