• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Zubaidah Diberi Mandat Terajui PKNS FC

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sukan bola sepak di Malaysia sememangnya didominasi kaum lelaki, namun kini kaum hawa mula diberi mandat untuk menerajui pasukan bola sepak.

Walaupun nama Siti Zubaidah Abdul Jabar, 56, Presiden PKNS FC kurang meniti di bibir peminat bola sepak tempatan berbanding rakan sejawatnya Tunku Tun Aminah dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), beliau adalah ‘tulang belakang’ kelab PKNS.

Ketua Pegawai Korporat PKNS itu berkata beliau amat terkejut apabila dilantik sebagai presiden kelab bola sepak itu pada 2014, memandangkan beliau langsung tidak berminat dengan sukan tersebut, dan tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Beliau yang berkulusan pengajian sains sosial dengan pengkhususan dalam bidang pengajian ASEAN dari Universiti Malaya, tidak menjadikan kekurangan pengetahuannya itu sebagai kelemahan, malah terus membuat kajian dan membaca buku berkaitan bola sepak, selain turun padang bersama pasukan Kelab PKNS FC.

Sikap terbuka pengurus dan pemain bola sepak PKNS dalam menerimanya sebagai sebahagian daripada pasukan itu telah meringankan bebannya untuk memimpin pasukan itu mencapai kecemerlangan, katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Siti Zubaidah telah menyuntik beberapa revolusi baharu dalam menjadikan skuad itu antara yang terbaik dalam arena bola sepak negara.

Hasil percaturannya merencanakan beberapa strategi telah membuahkan hasil apabila pasukan PKNS FC muncul naib juara Piala FA musim lepas selain naib juara Liga Perdana 2016 yang menyaksikan mereka dinaikkan pangkat ke Liga Super musim ini.

“Sebelum 2014, pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merasakan perlu kepada rombakan besar-besaran bagi memastikan pengurusan kelab dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, seiring ke arah penswastaan liga bola sepak tempatan.

“Tuah memihak kepada diri saya kerana dipilih menjadi presiden kelab….mereka mungkin melihat kepimpinan yang ada pada diri saya manakala dari segi pemikiran strategik, mungkin saya lebih ke depan daripada calon lain,” katanya.

Selain misi mencipta kejayaan di pentas bola sepak tempatan, beliau berkata harapannya adalah untuk menjadikan PKNS FC sebagai medan melahirkan pemain berkualiti sukan nombor satu negara.

Siti Zubaidah berkata, ini mampu dihasilkan kerana PKNS FC mempunyai kira-kira 400 pemain terdiri daripada pelatih akademi sehinggalah pemain profesional selain pasukan teknikal yang merangkumi staf kejurulatihan termasuk jurulatih pasukan.

Beliau berkata sejak 2015, semua pasukan bola sepak dikendali PKNS bernaung di bawah PKNS FC.

“Sebelum tahun 2014, PKNS FC hanya memiliki pasukan yang bermain di liga bola sepak Malaysia tetapi hakikatnya, PKNS mempunyai banyak pasukan bola sepak seperti pasukan akademi dari umur 8 tahun hingga 16 tahun selain pasukan bola sepak Kelab Sukan dan Rekreasi PKNS,” kata anak jati Banting itu.

Katanya, langkah itu penting kerana ia bertepatan dengan satu daripada syarat transformasi penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) menjelang 2018 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu setiap pasukan mempunyai pasukan akademi dan pelapis. – BERNAMA

Tags: PKNS FCWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd