• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Selamat – PM

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan keselamatan rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara tidak membimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang berada di negara itu dibenarkan menjalankan kehidupan seperti biasa, tidak dikurung, boleh keluar dan boleh buat urusan seperti biasa.

“Jadi tidak ada kebimbangan atas keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata Malaysia juga sedang meneliti apa sebenarnya kehendak kerajaan Korea Utara dalam isu melibatkan kes pembunuhan rakyat negara itu di klia2, pada 13 Feb lalu.

“Dalam pada itu, kita kekalkan keputusan tidak membenarkan rakyat Korea Utara keluar dari Malaysia dan kita juga meminta polis jalankan siasatan terhadap punca dan sebab siapa yang bertanggungjawab atas pembunuhan Kim Chol.

“Di samping itu, kita tunggu pengesahan identitinya sebab analisis DNA (asid deoksiribonukleik) belum lagi selesai. Jadi, banyak lagi proses sebab kita nak dapatkan DNA susah, tak ada orang yang nak tampil ke hadapan, barangkali dia takut nak tampil,” katanya.

Kim Chol dilaporkan secara meluas di media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Najib berkata Malaysia kini melakukan apa yang perlu untuk menangai isu yang melibatkan negara berkenaan.

“Kita akan lihat perkembangannya sebab saya ada beberapa perkara yang saya minta dilaksanakan, tetapi saya tak boleh maklumkan di sini. Apa yang penting ialah memastikan keadaan keselamatan rakyat kita di sana,” katanya yang enggan mengulas ketika ditanya sama ada pihak kerajaan ada menghubungi sendiri Kim Jong-un.

“Kalau apa-apa pun kita ada tindakan susulan, tetapi oleh kerana benda ini sensitif, kita mesti utamakan rakyat Malaysia, jadi kalau ada perbincangan, ia tidak boleh dibuat melalui media,” tambahnya.

Setakat ini terdapat 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara terdiri daripada tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka. Dua lagi adalah peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, perdana menteri menegaskan bahawa hubungan diplomatik dengan Korea Utara tidak berubah dan Malaysia tidak menutup kedutaannya di Pyongyang yang memberikan ruang untuk berbicara dan berunding.

Bagaimanapun rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak pergi ke Korea Utara buat masa ini.

Beliau berkata Malaysia agak hairan dengan reaksi Korea Utara dalam perkara ini memandangkan kedua-dua negara menjalin hubungan yang baik selama ini.

“Ya, memang hanya beberapa negara sahaja yang baik dengan Korea Utara dan kita agak mesra dengan mereka. Kita tidak mencari gaduh dengan mereka, memang tiada niat langsung.

“Tetapi bila ada jenayah berlaku, terutama melibatkan senjata kimia digunakan di Malaysia, kita bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan semua rakyat Malaysia,” katanya,

Mengenai larangan terhadap rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini, Najib berkata Malaysia perlu mengambil langkah itu sebagai cara untuk berunding dengan Pyongyang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd