• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Ahli PAS Permatang Pauh Tidak Setia

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ahli PAS Permatang Pauh lebih mengutamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berbanding kesetiaan mereka kepada parti PAS.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin ahli PAS Permatang Pauh akan tetap memberi sokongan kepada Presiden PKR walaupun PAS kawasan itu membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan PKR.

Kata beliau, sokongan ahli PAS kepada Presiden PKR terbukti apabila Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil (PRK) 2015 walaupun pemimpin PAS di situ menunjuk perasaan membantah PKR waktu itu.

“Keputusan untuk tidak membantu PKR di dalam pilihan raya pernah berlaku sebelum ini pun semasa kempen PRK Permatang Pauh dalam tahun 2015 lalu. Malah ada segelintir ahli PAS menunjuk perasaan membantah PKR semasa kempen itu.

“Akhirnya Wan Azizah kembali menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada margin yang sama dengan kemenangan (suaminya) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 2013,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan meminta seluruh ahli PKR terutama di Permatang Pauh tidak mengambil peduli tentang pendirian PAS Permatang Pauh tersebut.

PAS Kawasan Permatang Pauh semalam secara rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan PAS kawasan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan dipetik berkata, keputusan berkenaan diambil selepas Wan Azizah terus bekerjasama dengan parti sekular DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Malah, PKR, DAP dan PAN yang menganggotai Pakatan Harapan turut menjalin kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Omar berkata, kerjasama dengan PKR juga tidak boleh diteruskan apabila terdapat ahli-ahli PKR di Permatang Pauh memujuk ahli PAS keluar parti dan menyertai PKR.

“Mereka kemudian menawarkan jawatan dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada ahli PAS,” katanya.

Sehubungan itu, Omar berkata, PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kami juga akan meletakkan calon untuk tiga kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PASPKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd