• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Mahu Contohi Konsep Perkongsian BN

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan syarat bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai pakatan pembangkang seperti penggunaan satu simbol dan manifesto adalah mencontohi konsep
perkongsian Barisan Nasional (BN), kata seorang Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata konsep perkongsian yang diamalkan BN sejak sekian lama memastikan negara ini terus stabil dan aman, justeru wajar dicontohi.

“Tindakan ini seperti penghormatan bahawa BN sahaja yang mampu memastikan negara ini terus stabil dan aman. Jika Pengerusi PPBM (Tun Dr Mahathir) pun boleh bercakap begitu, saya rasa ia telah memberikan satu pengiktirafan.

“Justeru BN perlu terus menjadi parti yang diberikan mandat untuk meneruskan kesinambungan, kestabilan dan keamanan negara. Kita tidak mahu suatu parti yang rapuh,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu, Asyraf Wajdi yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Alor Gajah di sini yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Asyraf Wajdi berkata kesepakatan yang diamalkan BN juga perlu dicontohi kerana bukan bersifat ‘kosmetik’ sebaliknya bersifat hakiki dan berasaskan Perlembagaan.

Pada 14 Mac lepas PPBM melalui Tun Dr Mahathir mengumumkan keinginan untuk bekerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan namun meletakkan beberapa syarat termasuk menukar nama pakatan pembangkang itu. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kandungan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu memberi tumpuan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd