• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Pengerusikan Mesyuarat Tergempar MKN

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebaik tiba dari Jakarta petang ini, berhubung tindakan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.

Perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang, pada pukul 5.40 petang dan mempengerusikan mesyuarat itu di situ.

Beliau berada di Jakarta sejak semalam bagi menghadiri sidang kemuncak Negara-negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) yang berakhir hari ini.

Antara yang hadir pada mesyuarat tergempar MKN itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perdana menteri pagi ini mengeluarkan arahan dari Jakarta supaya menghalang semua warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini, sebagai tindak balas terhadap arahan Kementerian Luar Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia di negara itu daripada meninggalkan Korea Utara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMKN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

03/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam bagi...

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mencatatkan lebih 700,000 muat turun sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd