• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Yakin Kemelut Dengan PAS Dapat Diselesaikan

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Walaupun keretakan hubungan antara PKR dan PAS dilihat semakin meluas, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang.

Katanya tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai hubungan antara kedua-dua parti yang dilihat tegang kebelakangan ini selepas PKR tetap dengan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang membentuk Pakatan Harapan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa isu kerjasama politik antara kedua-dua parti akan dibawa ke Muktamar PAS yang akan datang bagi dibincang sama ada perlu diputuskan.

Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu kemudian disindir oleh Mohamed Azmin di laman sosial miliknya yang memuat naik kenyataan “Ada pak lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur” yang kemudian menimbulkan pelbagai reaksi. – BERNAMA

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd