• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Asia: Malaysia-Korea Utara 8 Jun Venue Berkecuali

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara akan diadakan pada 8 Jun ini, demikian diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul, ketika mengumumkan tarikh baharu itu, berkata Korea Utara diberi tempoh sebulan bermula 13 Mac hingga 14 April ini untuk mencadangkan venue baharu perlawanan.

Sekiranya Korea Utara gagal mencadangkan venue baharu, katanya, AFC akan menentukan gelanggang baharu bagi pihak negara itu sebelum 8 Mei ini.

Pertemuan pembukaan Kumpulan B itu yang sepatutnya diadakan di Pyongyang pada 28 Mac ini ditangguh atas permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadakan perlawanan di gelanggang berkecuali kerana faktor keselamatan.

Ini berikutan situasi tegang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Windsor berkata Korea Utara bukan sahaja perlu mencadangkan venue berkecuali tetapi juga harus memberi jaminan keselamatan dan visa khusus untuk pemain, media, pegawai dan peminat bola sepak.

Seandainya venue berkecuali dipilih untuk perlawanan pertama, maka perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan itu juga akan diadakan di venue berkecuali, katanya pada taklimat media di sini.

Katanya, tarikh baharu itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC.

“Kami perlu mengadakan perlawanan mengikut jadual FIFA dan sekiranya tidak, pemain tidak akan mendapatkan pelepasan dari kelab masing-masing. Tarikh sebelum perlawanan kedua dijadual pada 13 Jun hanyalah pada 8 Jun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Korea UtaraMalaysiaPiala Asia 2019
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd