• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Catat Untung Sebelum Cukai RM33.7 Bilion

oleh
14/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petronas mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM33.7 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2016, susut lapan peratus berbanding RM36.7 bilion yang dicatatkan pada 2015.

Perolehan kumpulan bagi tahun tersebut merosot 17 peratus kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion yang dicatatkan pada 2015, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Penurunan itu mencerminkan harga purata yang rendah sejajar dengan trend penurunan harga penanda aras utama (Dated Brent dan Japan Customs Cleared Crude) selain kesan daripada jumlah jualan yang rendah.

Sementara itu, keuntungan kumpulan selepas cukai bagi 2016 sebanyak RM23.5 bilion, naik 12 peratus berbanding RM20.9 bilion dicatatkan pada 2015.

Ini disebabkan perbelanjaan operasi dan perbelanjaan cukai yang rendah sebahagiannya diimbangi oleh harga purata yang rendah.

“Petronas turut menyaksikan peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai dan pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan margin pelunasan, yang menunjukkan prestasi asas kumpulan meningkat,” katanya semasa mengumumkan keputusan 2016 kumpulan itu di sini hari ini.

Wan Zulkiflee juga berkata Petronas berjaya mengekalkan penarafan kredit yang kukuh bagi 2016, tahap kadar hutang yang rendah sebanyak 17 peratus dan baki tunai yang baik.

Beliau berkata kumpulan turut mengambil kira penyusutan nilai ke atas aset sebanyak RM12.9 bilion untuk memastikan lembaran imbangannya kukuh sepanjang pergerakan harga minyak rendah yang berpanjangan.

Walaupun pengurangan yang ketara dalam perbelanjaan modal dan operasi, Wan Zulkiflee berkata jumlah pengeluaran huluan antarabangsa kumpulan itu naik kepada 2.36 juta tong bersamaan minyak (BOE) sehari pada 2016 berbanding 2.29 juta BOE sehari pada 2015.

Ini, katanya disebabkan oleh penyambungan semula saluran paip gas Sabah-Sarawak, masa operasi kemudahan yang lebih tinggi di Malaysia dan Kanada dan, pengeluaran yang tinggi.

“Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menyokong perniagaan hiliran kami, kami mencapai pengekstrakan etana yang tertinggi dalam beberapa tahun ini untuk membekalkan sebagai bahan mentah bagi perniagaan petrokimia Petronas, selain mengekalkan jumlah bekalan gas yang sama pada 2015,” katanya.

Wan Zulkiflee juga berkata kumpulan mencatatkan peningkatan jumlah jualan pihak ketiga gas asli cecair sebanyak 29.01 juta tan pada 2016 berbanding 28.49 juta tan yang dicatatkan pada 2015.

Katanya ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh jumlah pengeluaran yang lebih tinggi dari Train 9 di Bintulu dan projek gas bukan konvensional (GLNG) di Australia, yang sebahagiannya diimbangi oleh jumlah dagangan yang rendah. – BERNAMA

Tags: Kewanganpetronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd