• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penajaan Bagi KL 2017 Capai RM70 Juta

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan yakin untuk mencapai sasaran penajaan RM80 juta bagi Sukan SEA ke-29 dan juga Sukan Para ASEAN ke-9 yang juga dikenali sebagai KL 2017.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc) telah dapat mengumpul penajaan RM70 juta setakat ini dan percaya baki RM10 juta itu dapat dicapai sebelum sukan itu berlangsung Ogos depan.

“Saya berasa lega kerana kita dapat mencapai hampir 90 peratus di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Masoc dan semua rakan kita yang telah membantu kita mencapai jumlah itu (RM70 juta),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyampaian penajaan dari Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) kepada KL 2017, di sini hari ini.

PAMB muncul sebagai penaja kategori perak bagi Sukan SEA yang akan berlangsung mulai 19 hingga 31 Ogos dan Sukan Para ASEAN bermula 17 hingga 23 Sept di mana syarikat insurans itu akan menyediakan perlindungan insurans bagi 13,000 sukarelawan dan juga wang tunai bagi KL 2017.

Sehubungan itu, Khairy berkata kesemua sukarelawan yang dipilih daripada 30,000 permohonan itu kini menjalani latihan yang disediakan oleh Masoc bagi mempersiapkan diri mereka untuk kedua-dua sukan itu.

“Itupun mereka kena datang sesi latihan sebanyak dua kali. Sesi latihan pertama adalah umum manakala sesi latihan kedua adalah latihan khusus di mana kita akan pilih 13,000 (sukarelawan) itu untuk jalankan tugas masing-masing seperti protokol, keselamatan, logistik, pengangkutan dan sebagainya,” jelas Khairy. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd