• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dijangkiti ILI Meningkat Kepada 414 Orang Di Perak

oleh
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 71 orang pelajar dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI), menjadikan jumlah keseluruhan pelajar di Perak dijangkiti virus itu meningkat kepada 414 orang.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Perak, kes baharu yang direkodkan membabitkan 13 pelajar dari Kolej Vokasional Slim River.

Pelajar dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah yang dijangkiti virus itu pula meningkat kepada 202 orang; 114 pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR); tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya dan 82 pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan.

Daripada jumlah itu, seramai 65 orang baharu diisolasi di asrama, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang diisolasi di asrama sebanyak 299 orang.

Pelajar yang diisolasi di wad pula seramai empat orang manakala selebihnya berada di rumah masing-masing.

Sebanyak 34 sampel swab tekak yang diambil dari kelima-lima sekolah itu telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor.

Tiga daripada enam sampel yang diambil dari STAR adalah positif Influenza A (H3) manakala dua daripada enam sampel dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah masing-masing didapati Influenza A (H3) dan Influenza B.

Keputusan 18 sampel dari Sekolah Kebangsaan Klebang, Kolej Vokasional Slim River dan SMART Teluk Intan pula belum dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: ILIInfluenzaPerak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOA Gesa Belia Rebut Geran Program Agropreneur Muda

Next Post

PM Sasar Setiap Rakyat Minum 50 Liter Susu Setahun

Related Posts

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

21/12/2024
0

MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar,...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

PM Sasar Setiap Rakyat Minum 50 Liter Susu Setahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd