Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

PLUS Beri Jaminan Atasi...

KUALA LUMPUR - Pelbagai usaha sedang diambil PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk mengatasi...

Kad Ucapan Hari Guru...

PUTRAJAYA - Kad ucapan hari guru ciptaan pelajar dari dua sekolah di sini...

1,852 Anggota Baharu PGA...

TAWAU - Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohamad Sabtu...

Sarawak Tidak Benarkan Aktiviti...

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak tidak membenarkan sebarang aktiviti sambutan pra...

Pang Chee Pin… Lelaki Berwajah Bangla, Bernama Cina

SEORANG pemilik Mykad yang menggunakan nama ‘Pang Chee Pin’ menjadi popular secara tiba-tiba gara-gara dikatakan mempunyai wajah dan penampilan yang langsung tidak sepadan dengan namanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu pada mulanya didakwa sebagai warga Bangladesh oleh netizen, disebabkan mirip mukanya yang tidak tumpah dengan kebanyankan pekerja asing di Malaysia.

Membuatkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar Mykad lelaki itu sebagai agenda politik apabila dituduh sebagai ‘mat bangla’ yang diberikan kad pengenalan semata-mata untuk proses pengundian pada pilihan raya umum nanti.

Namun Hakikatnya, Chee Pin ternyata merupakan rakyat Malaysia dan dibesarkan oleh keluarga angkat berketuruan Cina sejak kecil lagi.

Malah, semakan maklumat pendaftaran pengundi di laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menunjukan Chee Ping bukan pengundi berdaftar.

Menerusi pendedahan The Star, sepupunya yang hanya dikenali sebagai Susan, 50 mengatakan Chee Pin yang berketurunan India telah menetap bersama bapa saudaranya sejak berusia setahun.

Saya dan dia adalah sepupu. Namun pakcik saya telah meninggal dunia 25 tahun lalu jadi ibu bapa saya telah menjaganya. Dia meninggalkan rumah kami kira-kira enam tahun lalu.
Kali terakhir saya bertemunya adalah tiga tahun lalu di Hospital Kuala Lumpur, selepas dia dimasukkan ke situ akibat penyakit buah pinggang,” katanya kepada wartawan yang menemuinya di Segamat.

Susan juga telah terputus hubungan dengan Chee Pin sejak itu. Jelasnya, bapa saudaranya telah memberikan nama Cina kepada anak angkatnya itu meskipun dia berasal dari keluarga keturunan India di Simpang Renggam.


Tambahnya, Chee Pin sebelum ini mempunyai nama India ketika dilahirkan namun bapa saudaranya telah meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan dia menggunakan nama Cina.

Chee Pin difahamkan fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Hakka dan kantonis serta mendapat pendidikan di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menurut ibu saya, Chee Pin dijadikan anak angkat oleh pakcik dan isterinya bagi membantu meringankan beban keluarga kandungnya,” katanya.

Susan memberitahu, dia menyedari mengenai Mykad sepupunya yang menjadi tular di media sosial dan telah dikunjungi oleh polis yang telah mencatatkan kenyataan berhubung Chee Pin.

Tegas Susan, Chee Pin adalah rakyat Malaysia jadi dia berharap agar orang ramai dapat menghentikan penyebaran Mykad pemuda berkenaan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori