Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

10 Tahun Jaga Khazanah...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan kerana sepanjang tempoh 10...

Bekas ‘Drummer’ Ukays, Isteri,...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain dram kumpulan rock terkenal Ukays, Akel Zainal yang...

Seremban Diisytihar Status Bandar...

SEREMBAN - Seremban akan diisytiharkan menjadi sebuah bandar raya menjelang hujung tahun ini...

“JDT Tidak Perlu Menang...

KUALA LUMPUR - "Kami tidak perlu memenangi Piala Malaysia untuk menjadi raja bola...

Nelydia Keluar Katalog Baju Tidur Sensual, Romantis

AWAL Februari lalu pelakon Nelydia Senrose sudah menyatakan dia akan mengeluarkan satu clothing line di bawah jenamanya sendiri.

Baca: Nelydia Senrose Bakal Jual Pakaian Tidur

Jika kebanyakan selebriti lebih gemar menjual tudung, pakaian kasual dan minyak wangi, pelakon berusia 23 tahun ini pula mengambil pendekatan berbeza dengan mempertaruhkan jualan baju tidur yang direka khas untuk wanita.

Di bawah jenama Impian by Nelydia, pelakon cantik itu sudah mengeluarkan katalog baju tidur yang dijualnya.

Semuanya cantik-cantik dan nampak cukup selesa untuk dipakai ketika beradu!

Kesemua koleksi Impian dikeluarkan dalam 12 corak berlainan dan setiap satunya diberi nama berdasarkan zodiak seperti Leo, Scorpio, Virgo, Pisces, Libra dan lain-lain.

Koleksi Impian by Nelydia kini sudah mula dipasarkan menerusi agen-agen dan stokis jualan yang dilantik oleh pelakon itu.


Harga yang dijual bermula dari RM79.90 hingga RM226 sesuai dengan kualiti material tiffany silk yang digunakan dalam pembuatan produk tersebut.

Yang mana satu menjadi idaman kalbu anda? – MYNEWSHUB.CC

Nelydia Keluar Katalog Baju Tidur Sensual, Romantis

Nelydia Keluar Katalog Baju Tidur Sensual, Romantis

Kategori