• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Ali Terima Penghargaan Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rasheeda Ali, anak kepada legenda peninju dunia Muhammad Ali malam Sabtu menerima sijil penghargaan khas dari kerajaan Malaysia sempena program’Reviving The Islamic Spirit’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Sijil penghargaan tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan arwah ayahnya itu, telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Jamil Khir dalam ucapannya berkata, pemergian Muhammad Ali ketika sambutan bulan Ramadan tahun lalu telah meninggalkan satu legasi dan inspirasi besar kepada masyarakat di seluruh dunia.

“Saya masih ingat lagi ketika beliau bertarung dengan Joe Bugner pada 1975 di Malaysia, ketika itu semua mata terpaku melihat aksi hebat mereka.

“Tetapi kini selepas analisis dilakukan barulah orang ramai mengetahui bahawa kehebatannya ialah disebabkan prinsipnya yangberpegang teguh kepada nilai-nilai mulia termasuk kenyataannya bahawa semua kehebatannya adalah kurniaan Allah,” kata Jamil Khir.

Program selama dua hari itu bermula Sabtu turut menampilkan pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat, Imam Zaid Shakir; pensyarah Universiti Oxford, Datuk Dr. Afifi al-Akiti; dan Naib Presiden Persatuan Islam Amerika Utara, Imam Siraj Wahhaj.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut merakamkan penghargaan terhadap penganjur program tersebut buat pertama kali di negara ini.

Program tersebut tidak pernah diadakan di luar Kanada dan Amerika Utara sejak 15 tahun lalu. – BERNAMA

Tags: KerajaanMuhammad Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd