• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Buah Pinggang Di Kedah Semakin Serius

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Masalah buah pinggang di Kedah semakin serius dengan obesiti, kencing manis dan darah tinggi dikenal pasti sebagai penyebab utama, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata dari segi obesiti, tinjauan Kesihatan Kebangsaan 2015 menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Kedah, atau 33.3 peratus mengalami obesiti dan berkemungkinan mengalami masalah buah pinggang.

“Kita bimbang kerana kencing manis dan darah tinggi juga penyebab utama masalah buah pinggang dan setakat ini kadar penyakit kencing manis ialah 25.4 peratus manakala darah tinggi 37.4 peratus, kedua-duanya tertinggi di negara ini,” katanya.

Beliau berucap pada sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2017 peringkat Kedah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr Norhizan menggesa penduduk Kedah agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang.

Pada masa sama, beliau turut menggesa ibu bapa memberi tumpuan kepada obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang boleh merencatkan pertumbuhan fizikal dan minda mereka.

“Jangan dedahkan anak-anak kepada makanan segera atau minuman berkarbonat kerana boleh menyebabkan kegemukan dan sekali gus berisiko tinggi mengalami kerosakan organ buah pinggang,” katanya.

Program anjuran Persatuan Nefrologi Malaysia dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Unit Nefrologi HSB turut melibatkan Jelajah Kayuhan Kangar-Putrajaya melibatkan 30 peserta, zumba, pameran cara pemakanan sihat dan pameran ubat-ubatan yang mengancam fungsi buah pinggang. – BERNAMA

Tags: buah pinggangkesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd