• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dinobatkan Negara Paling Bahagia Di Dunia

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia kini menduduki tempat keempat sebagai negara paling bahagia di Asia dan ke-42 paling bahagia daripada 155 negara di dunia.

Menurut 2017 World Happiness Report, Malaysia naik lima anak tangga daripada tempat ke-47 dalam laporan tahun lepas.

Menurut laporan itu, Singapura, yang diletakkan sebagai negara paling bahagia di Asia, jatuh dari tempat ke-22 ke tempat ke-26 dalam laporan keseluruhan tahun ini.

Negara yang mencatat peningkatan kedudukan ialah Thailand (dari tempat ke-33 ke tempat ke-32), Taiwan (dari 42 ke 33) dan Vietnam (dari 96 ke 94).

Pada tahun ini, Norway mengambil alih kedudukan sebagai negara paling bahagia di dunia daripada Denmark, yang jatuh ke tempat kedua, diikuti Iceland dan Switzerland.

Laporan yang dikeluarkan Sustainable Development Solutions Network untuk Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Isnin itu adalah berasaskan beberapa faktor, termasuk kekuatan ekonomi (diukur mengikut per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar), impak sosial, jangka hayat, kebebasan membuat pilihan, kemurahan hati dan tanggapan tentang rasuah.

Negara diberi ranking dengan menggunakan data purata tiga tahun yang dikumpul, dengan laporan terbarunya meliputi tempoh 2014-2016, melibatkan kira-kira 3,000 responden dari setiap negara yang diminta memberi penarafan mereka tentang penilaian mengenai kehidupan. – BERNAMA

Tags: MalaysiaNEGARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd