• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipenjara Seumur Hidup Bunuh Anak

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAMA CITY – Seorang lelaki berusia 27 tahun kini terpaksa menghabiskan sepanjang hidupnya dalam penjara kerana membunuh anaknya yang masih bayi dengan menyumbat sarung kaki ke dalam mulut mangsa supaya berhenti menangis.

Gene Anthony Quinones-Rivera akan menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol – hukuman paling berat bagi pembunuhan tahap kedua – selepas mengaku bersalah, Isnin lalu.

Dia mengaku bersalah membunuh anaknya, Gediaelamir Rivera yang berusia dua bulan pada Jun 2015 sebelum membuang mayat mangsa di kawasan terpencil di Florida Panhandle.

Menurut New Herald, kes kehilangan bayi itu mungkin tidak dapat diselesaikan jika Quinones-Rivera tidak pergi ke balai polis pada Disember 2016 dan mengaku membunuh anaknya.

Ibu bayi itu, Yanoshua Ramos-Melendez, ditahan di New York dan didakwa menjadi pendorong pembunuhan anaknya itu.

Dalam temuramah di penjara, Quinones-Rivera, memberitahu dia yang khayal akibat ganja, menjadi marah kerana anaknya menangis lalu menyumbat mulut mangsa dengan sarung kaki di apartmennya.

Beberapa jam kemudian baru dia menyedari bayi berkenaan tidak bernafas dan cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun gagal.

Menurutnya, dia memasukkan mayat anaknya ke dalam beg sampah dan membuangnya di satu kawasan hutan.

Quinones-Rivera mengakui pernah menutup mulut anaknya yang menangis dengan cara sama sebelum kejadian itu.

“Saya marah kerana anak saya menangis,” katanya.

Menurutnya, dia membuat keputusan mengakui melakukan jenayah berkenaan selepas membuat pengakuan kepada paderi.

“Saya sudah tidak takut sekarang. Saya perlu terima pembalasan, saya tidak boleh berbohong lagi,” katanya.

Polis menemui sebahagian mayat bayi itu di kawasan terpencil Daerah Bay. – Agensi/myMetro Online

Tags: kes bunuhPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd