• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lancar Pelan Fiber, Mantap Infrastruktur Jalur Lebar

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melancarkan Pelan Fiber Seluruh Negara (2017-2019) bagi memantapkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata pelaksanaan pelan itu yang bermula tahun ini, telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelan ini dihasratkan untuk memastikan sasaran kelajuan jalur lebar dua kali ganda boleh dicapai,” katanya kepada Bernama hari ini.

Salleh berkata rangkaian fiber di bawah pelan itu akan menghubungkan kira-kira enam juta premis termasuk kira-kira dua juta di kawasan luar bandar.

“Pelaksanaan pelan ini adalah penting bagi memastikan negara terus berdaya saing dan rakyat Malaysia, terutamanya komuniti luar bandar, dapat menikmati manfaat daripada ekonomi digital secara saksama,” katanya.

Salleh berkata pelan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama antara entiti yang relevan bagi penyediaan perkhidmatan borong jalur lebar berasaskan fiber.

Beliau berkata model pelaksanaan adalah dalam bentuk 3-Tier atau 3 peringkat.

Tier 1 akan bertumpu pada kemudahan ‘backhaul’ kepunyaan Tenaga Nasional Berhad, Tier 2 untuk sambungan terakhir dan Tier 3 untuk penyediaan perkhidmatan runcit yang akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sedia ada.

Pelan itu akan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah rangka kerja kawal selia sedia ada bagi memastikan pencapaian mengikut sasaran yang ditetapkan, katanya. – BERNAMA

Tags: Jalur lebarKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd