• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji Malaysia Tahun Ini Ditambah Kepada 30,200

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 berbanding 27,900 orang, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, tambahan tersebut berikutan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

“Suka untuk saya nyatakan hasil lawatan tersebut…Alhamdulilah, Tabung Haji telah mendapat 30,200 kuota haji tahun ini berbanding 22,230 selama tiga tahun sebelum ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 sejak 2013.

Abdul Azeez berkata selain manfaat tersebut, lawatan Raja Arab Saudi itu juga membawa pelbagai kebaikan selain pelaburan dalam negara.

Beliau berkata lawatan itu juga membuktikan kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat perhatian Arab Saudi di mana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati dalam rangka kerja baginda ke Asia.

“Walaupun terdapat tohmahan dan fitnah sebelum ini, isu sumbangan dan sebagainya, tetapi kehadiran Raja Salman ketika itu yang difahamkan dengan 600 ahli rombongan, jelas membuktikan sebaliknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd