• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kren Tumbang: TH Belum Terima Wang Pampasan

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) sehingga kini belum menerima sebarang perkembangan mengenai status pembayaran wang pampasan kepada jemaah yang terkorban dan cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada musim haji September 2015.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata TH sentiasa memantau dan berhubung dengan kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan perkembangan semasa mengenai perkara tersebut.

“Bayaran pampasan berhubung insiden tersebut adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi. TH telah menyerahkan senarai nama jemaah yang terlibat kepada kerajaan Arab Saudi untuk tujuan pampasan.

“TH sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi dan akan memaklumkan sekiranya terdapat perkembangan terkini daripada pihak terbabit,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang ingin tahu mengenai status pemberian pampasan kepada jemaah yang terlibat dalam tragedi tersebut dua tahun lepas.

Dalam kejadian 11 Sept 2015 itu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban, manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram.

Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai sumbangan TH terhadap mangsa terlibat, Asyraf Wajdi berkata TH telah menyumbangkan sejumlah RM43,000 kepada keluarga setiap mangsa.

“Dalam masa tidak sampai seminggu selepas insiden itu, TH menyerahkan wang perlindungan Takaful sebanyak RM20,000, khairat kematian (RM3,000) dan sumbangan wang ihsan (RM20,000),” katanya. – BERNAMA

Tags: kren tumbangTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd