• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terus Sokong Inisiatif Wanita – Rohani

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus menyokong inisiatif wanita dalam mencapai aspirasinya dan memastikan golongn wanita dapat terus memainkan peranan penting ke arah pertumbuhan negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017 menandakan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita kepada pembangunan negara.

“Wanita Malaysia perlu terus mencapai kejayaan lebih besar dalam usaha mereka dalam setiap peranan yang mereka mainkan pada peringkat peribadi atau profesional.

“Kita telah membuktikan mampu menjadi pemimpin besar negara, pertubuhan dan menjadi pemangkin perubahan. Mari kita bentuk legasi yang lebih baik bagi generasi wanita akan datang yang dapat kita banggakan,” katanya dalam ucapan yang dibacakan pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017 bertemakan ‘Berani Untuk Berubah’ di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun.

Sempena sambutan itu, konvoi penunggang wanita yang berbasikal dan bermotosikal Pinky Riders mengedar dan berkongsi ucapan serta maklumat mengenai aspirasi wanita dan menyampaikan risalah Berani Untuk Berubah di sekitar sini.

Turut diadakan ialah Bazar Wanita untuk mempamer dan mempromosi hasil buatan tangan usahawan wanita.

Mengenai sambutan peringkat kebangsaan pada 4 Sept ini, Rohani berkata satu seminar keusahawanan akan diadakan bagi mempromosi produk usahawan wanita. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd