• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Bakal Miliki Laluan Baharu Ke Tanjung Bin, Pontian

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Perjalanan dari Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Johor Bahru ke Tanjung Bin di Serkat, Pontian dijangka lebih singkat dengan projek pembinaan jambatan dan satu jalan baharu menghubungkan kedua-dua kawasan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata projek yang menelan kos keseluruhan RM650 juta itu, sebahagian besarnya dibiayai oleh kerajaan persekutuan manakala selebihnya oleh anak syarikat MMC Corporation Bhd, Seaport Worlwide Sdn Bhd.

Pada ketika ini, projek sedang melalui proses kemas kini reka bentuk sebelum diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya negeri.

Pengeluaran tender pula dijangka pada April bagi membolehkan pembinaannya berjalan mulai September ini.

“Projek yang merentasi Sungai Pulai ini mempunyai jarak kira-kira 7.5 kilometer (km) dan akan memendekkan perjalanan dari Johor Bahru ke Tanjung Bin kepada 15km berbanding 50km pada masa ini jika menggunakan jalan alternatif Pekan Nenas.

“Ia juga dijangka siap menjelang Ogos 2020,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Tanjung Piai di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Wilayah negeri Datuk Ir Hasni Mohamad dan Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembinaan dan Projek Pengurusan Kejuruteraan MMC Amir Malik Faeiz Rusdi Redza Ali Faeiz.

Mohamed Khaled berkata beliau optimis projek itu akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk memandangkan lebih banyak sektor pembangunan bakal diusahakan.

“Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga mempertimbang permohonan daripada penduduk setempat untuk mendapatkan rumah mampu milik.

“Oleh itu, kita akan membeli sebidang tanah seluas 12.14 hektar di kawasan Jeram Batu (Tanjung Piai) menggunakan dana daripada Tabung Hartanah Bumiputera untuk melaksanakannya, sekali gus memastikan kawasan ini berkembang secara seimbang,” katanya. – BERNAMA

Tags: jambatanJohor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd