Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Diceraikan Suami: Perlu Dimaklumkan...

WANITA ini hilang daya ingatan akibat sejenis penyakit dikenali sebagai porphyria yang menjejaskan...

3 Jam Keluarkan Cakera...

GILA… Seorang lelaki di Jerman terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas alat sulitnya...

10 Kontak Kes Zika...

KOTA KINABALU - Sepuluh orang yang ada kontak dengan kes Zika tempatan pertama...

” Calon Bukan Tak...

PAS menafikan calon parti itu yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Jet F-16 Indonesia Terbalik Ketika Mendarat

PEKANBARU – Sebuah jet pejuang F-16 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) terbabas sebelum terbalik ketika mendarat di Pangkalan Udara Rusmin Nuryadi sini kelmarin.

Jurucakap TNI AU, Marsma Jemy Tri Sonjaya berkata, kejadian berlaku pada jam 5.25 petang (waktu tempatan) ketika pesawat itu mendarat di landasan.

“Kejadian ini berlaku apabila jet F-16/TS 1603 terbabas dari landasan ketika mendarat.

“Insiden ini dipercayai berpunca daripada sistem brek pesawat yang tidak berfungsi.

“Dua juruterbang jet berkenaan, Mejar Andri dan Leftenan Marko selamat dan tidak mengalami sebarang luka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pesawat berkenaan sudah ditarik ke hangar untuk pemeriksaan dan baik pulih.


Beberapa gambar yang disiarkan media menunjukkan jet pejuang itu terbalik di hujung landasan.

Jentera bomba juga dilihat mengeliling jet pejuang berkenaan tetapi tiada kebakaran kelihatan. – Agensi/myMetro Online

Kategori