• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: JDT Terajui 7 Pasukan Mara Ke Suku Akhir

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), mengetuai kemaraan tujuh pasukan ke suku akhir Piala FA selepas berakhirnya perlawanan pusingan ketiga, semalam.

JDT membenam pasukan Liga Perdana, UiTM FC, 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menerusi jaringan Gonzalo Cabrera pada minit ke-19 dan minit ke-53, Ahmad Hazwan Bakri (minit ke-21) dan Mohd Fadhli Shas pada minit ke-70.

Juara Piala Malaysia 2016, Kedah, turut melangkah ke suku akhir selepas menang 2-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan Zachary Anderson pada minit ke-28 dan Ken Ilso Larsen pada minit ke-43.

Di Stadium Darul Makmur, juara dua kali Pahang, pula menewaskan Melaka United 2-0 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Korea Selatan, Jaewon Heo, pada minit ke-15 dan Mohd Nor Azam Abdul Azih pada minit-86.

Dalam pada itu, juara dua kali Negeri Sembilan diheret ke masa tambahan 30 minit sebelum menundukkan Pulau Pinang 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pemain import dari England, Lee Andrew Tuck, muncul wira skuad Rusa apabila melakar jaringan hatrik pada minit ke-107, minit ke-112 dan minit ke-120.

Sebelum itu, Negeri Sembilan mendahului perlawanan menerusi jaringan Marko Simic pada minit ke-45 sebelum Reinaldo Lobo menyamakan kedudukan untuk Pulau Pinang pada minit ke-48.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu pula berjaya menewaskan pasukan ‘adik’, T-Team, dengan catatan 1-0 hasil jaringan tunggal pemain import dari Uzbekistan, Lutfulla Turaev, pada minit ke-120.

Terdahulu, perlawanan berkenaan dicemari dengan insiden kekasaran di antara kedua-dua pasukan sehingga memaksa pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab,
melayangkan kad merah kepada pemain T-Team, Mohamad Azalinullah Mohammed Alias, pada minit ke-62.

Nasib sama turut menimpa Terengganu yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, selang lapan minit kemudian selepas Mohd Firdaus Mohd Faudzi mengutip kad kuning kedua.

Kekecohan yang berlarutan di antara kedua-dua pasukan memaksa Mohd Nafeez mengarahkan penolong pengurus pasukan Terengganu, Mohd Sabri Abas, dan penolong jurulatih Terengganu, Azhari Salim, meninggalkan padang kerana dikatakan mempertikaikan keputusan pengadil.

Sabah pula menang bergaya 4-2 ke atas pasukan Piala FAM, MOF FC, di Stadium Likas.

Sarawak turut mara ke suku akhir selepas menang tipis 2-1 ke atas Perlis di Stsdium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Dua gol skuad Bujang Senang dijaringkan oleh Abdul Rahim Abdul Razak pada minit ke-26 dan Andrew Mark Hartmann pada minit ke-35.

Untuk rekod, pasukan Liga FAM PKNP FC menewaskan Kuantan FA 5-4 pada aksi tunggal pusingan ketiga di Stadium Perak, Ipoh pada Jumaat.

Undian suku akhir Piala FA dijadual berlangsung esok menerusi program ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd